Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2023

Kelebihan COMBO kurangkan lambakan stok?

Combo adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat untuk menarik perhatian lebih ramai pelanggan dalam membuat pembelian. Ia merupakan satu gabungan produk-produk yang berbeza.  Pelanggan boleh membuat pembelian produk-produk yang berbeza dalam satu harga yang lebih murah. Sumber: Google Image Dengan penawaran kombo yang menarik dan bertimbang rasa, anda boleh membuatkan pelanggan untuk merasa istimewa dan akan meningkatkan perniagaan anda dengan ketara dalam jangka masa yang panjang.  Hal ini kerana, banyak entiti perniagaan telah menyatakan bahwa dengan memberi tawaran kombo akan mendatangkan faedah kepada bisnes mereka, malah ianya juga terbukti sebagai falsafah perniagaan yang berjaya. Kelebihan buat COMBO dalam bisnes 1. Tingkatkan jualan syarikat Sumber: Google Image   Tawaran kombo boleh   menarik minat   pelanggan  untuk  membeli lebih banyak  produk daripada  perniagaan anda. Harga menarik yang anda tawarkan dalam Combo Offers akan meningkatkan jualan prod

Jom siapkan ratusan order dengan cepat

Sebagai seorang ahli perniagaan, anda semestinya mahukan operasi perniagaan anda untuk berjalan dengan lancar bukan? Ini termasuklah dari segi strategi pemprosesan order-order pelanggan anda.  Semua order yang diterima boleh mencecah sehingga ribuan kuantiti dalam satu hari, jadi mesti anda perlu sediakan strategi untuk uruskan proses packing dan shipping semua order itu. Tapi... Sumber: Google Image Keadaan menjadi lebih rumit apabila anda menyiapkan proses penting ini secara manual. Setiap proses terpaksa dilakukan secara satu per satu dan terperinci bagi mengelakkan kesilapan yang boleh mengakibatkan kerugian kepada syarikat. Perkara ini bukan sahaja membuang masa, malah tenaga pekerja juga!  Itu belum lagi masalah salah alamat, barang pelanggan order hilang dan sebagainya!  Selain itu, ia juga akan memberi kesan negatif kepada produktiviti syarikat.   Sumber: Google Image Keuntungan syarikat juga berisiko untuk menurun kerana menurut kajian, 8 daripada 10 pelanggan mengakui bahawa

Macam mana nak motivate ejen yang malas?

Dalam dunia perniagaan, sudah pasti anda mahukan perniagaan anda terus berkembang dengan jayanya.  Bagi memastikan perkembangan perniagaan anda, sudah pasti anda akan mencari alternatif lain bagi meningkatkan keuntungan syarikat. Misalnya, meluaskan lagi strategi dengan mendapatkan dropship, ejen dan stokis untuk tingkatkan lagi jualan produk anda. Sumber: Google Image Walaubagaimanapun, sepanjang terlibat dalam industri perniagaan ini, anda pasti berdepan dengan pelbagai masalah antaranya dalam menguruskan reseller anda.  Akan ada reseller yang aktif dan rajin membuat jualan bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi, namun ada juga mereka yang sebaliknya dan hanya suka goyang kaki.  Ini sememangnya memberi kesan negatif kepada operasi syarikat kerana akan ada lambakan stok yang tidak terjual dan syarikat juga tidak dapat nak berkembang. Jadi, antara cara untuk memotivasikan semua reseller ini dengan menawarkan link affiliate. Apa itu Link Affiliate? Link Affiliate merupakan salah satu t

Kenapa data penting dalam bisnes anda?

Data perniagaan adalah maklumat kolektif yang berkaitan dengan syarikat dan operasinya. Ini termasuklah sebarang maklumat mengenai statistik, data analisis mentah, data maklumbalas pelanggan, jumlah kuantiti jualan produk dan set maklumat yang lain. Sumber: Google Image Sesebuah perniagaan kebiasaanya mengumpul sebanyak mungkin data mengenai operasi mereka bagi menggunakannya untuk membantu menyelaraskan operasi dan mengetahui lebih tentang keperluan pelanggan supaya mereka dapat melayani pelanggan mereka dengan lebih baik. Jenis-jenis data dalam perniagaan Data pelanggan Data analitik syarikat Data inventori dan rantaian bekalan Data produk  Data pemasaran Data pekerja Kepentingan data bisnes dalam perniagaan anda 1. Membantu perniagaan membuat keputusan Pentingnya data dalam sesebuah bisnes adalah ia dapat membantu sesebuah syarikat itu membuat keputusan yang lebih baik. Sumber: Google Image Ini kerana, data dapat membantu syarikat membuat keputusan yang sukar dengan lebih cepat dan

5 perkara anda perlu buat sebelum mulakan bisnes

Memulakan sebuah perniagaan boleh menjadi amat membimbangkan dan stres kepada sesebuah pihak. Ianya seperti melakukan 10 kerja pada satu sama.  Malah, ianya tidak mudah kerana memerlukan tenaga, masa dan wang yang banyak. Perkara ini memang tidak dapat dielakkan oleh mereka yang ingin memulakan atau memasuki dunia bisnes.  Sumber: Google Image Walaubagaimanapun, membuat persiapan yang rapi dan mengambil langkah yang betul pada peringkat awal sebelum memulakan sesebuah perniagaan dapat memberi impak yang besar pada masa hadapan.  Ia sedikit sebanyak dapat membantu para usahawan untuk mengambil keputusan yang betul dan lebih teratur.  5 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Memulakan Bisnes 1. Buat research  Langkah pertama sebelum memulakan bisnes adalah, anda perlulah membuat kajian atau "research" berkenaan industri perniagaan itu sendiri supaya anda dapat mendominasikan perniagaan anda.  Ini termasuklah mengenalpasti audiens sasaran, pesaing terdekat anda, lokasi penempatan perniaga

Kenapa "Leaderboard" penting dalam bisnes anda?

Leaderboard atau papan markah menunjukkan nama dan markah semasa pesaing utama. Kita sering lihat papan markah ini di dalam permainan video, perlawanan golf dan banyak lagi. Sumber: Google Image Sehingga ke hari ini, 'leaderboard' telah menjadi salah satu alat atau konsep yang trending dalam dunia perniagaan. Malah, hampir kesemua industri pada hari ini menggunakan konsep 'leaderboard' ini dalam perniagaan mereka untuk memuji individu yang berprestasi tinggi, memotivasikan individu dan membangunkan persaingan sihat dalam kalangan kenalan. Kebaikan Leaderboard dalam Bisnes 1. Meningkatkan produktiviti kerja dan syarikat Penggunaan konsep ini dalam bisnes anda dapat membantu pekerja mencapai suatu 'target' yang dikehendaki dengan lebih produktif dan strategik. Hal ini kerana mereka akan menyasarkan untuk mencapai 'target' tersebut dalam tempoh yang diberikan oleh majikan. Jadi ini akan mengalakkan dan memberi semangat kepada pekerja untuk berusaha dengan