Skip to main content

Macam mana nak motivate ejen yang malas?

Dalam dunia perniagaan, sudah pasti anda mahukan perniagaan anda terus berkembang dengan jayanya. 

Bagi memastikan perkembangan perniagaan anda, sudah pasti anda akan mencari alternatif lain bagi meningkatkan keuntungan syarikat. Misalnya, meluaskan lagi strategi dengan mendapatkan dropship, ejen dan stokis untuk tingkatkan lagi jualan produk anda.

Sumber: Google Image
Walaubagaimanapun, sepanjang terlibat dalam industri perniagaan ini, anda pasti berdepan dengan pelbagai masalah antaranya dalam menguruskan reseller anda. 

Akan ada reseller yang aktif dan rajin membuat jualan bagi mendapatkan keuntungan yang tinggi, namun ada juga mereka yang sebaliknya dan hanya suka goyang kaki. 

Ini sememangnya memberi kesan negatif kepada operasi syarikat kerana akan ada lambakan stok yang tidak terjual dan syarikat juga tidak dapat nak berkembang. Jadi, antara cara untuk memotivasikan semua reseller ini dengan menawarkan link affiliate.


Apa itu Link Affiliate?

Link Affiliate merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di Internet. 

Sumber: Google Image



Ia adalah suatu kaedah untuk menjana pendapatan online sebagai seorang ejen pemasaran yang tugasnya adalah untuk mempromosikan produk, servis atau jenama tertentu. 





Setiap kali ejen tersebut berjaya hasilkan jualan, mereka akan menerima bayaran dalam bentuk komisen.

Ini juga bermakna mereka mendapat keuntungan dan pada masa yang sama turut meningkatkan lagi keuntungan syarikat anda.


Faedah link affiliate kepada ejen dan syarikat

1. Ejen tak perlu pegang stok

Ejen-ejen hanya perlu memasarkan produk di ruangan Internet terutamanya media sosial yang menjadi pilihan mereka. 

Malah, mereka juga tidak perlu bersusah-payah restock semula produk kerana tugas mereka hanyalah mengiklankan produk tersebut dan memastikan jualan dapat mencapai target yang telah ditetapkan.


2. Keuntungan syarikat meningkat 

Sumber: Google Image

Link Affiliate bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan ejen, malah ia juga dapat membantu dalam meningkatkan keuntungan sesebuah syarikat. 


Hal ini kerana, setiap jualan yang berjaya dibuat oleh ejen-ejen menerusi link affiliate ini, sebahagian daripadanya akan turut diperolehi syarikat. 


Ejen juga akan dapat komisen daripada HQ. Jadi, semakin tinggi jualan yang diperolehi, semakin tinggi komisen ejen dan keuntungan sesebuah perniagaan tersebut.


3. Tiada lambakan stok di tangan ejen2

Risiko produk yang tidak terjual oleh ejen-ejen juga tidak akan berlaku kerana semua order dan pembelian oleh pelanggan dibuat terus dari HQ.

Malah, produk yang dijual juga sangat rendah risikonya untuk mengalami kerosakan. Ini disebabkan oleh semua produk-produk itu akan dihantar atau dipos secara terus daripada HQ sendiri. 

Jadi, isu pelanggan mendapat barang rosak adalah sangat rendah.


Tambah pula, bukan ini sahaja manfaat dalam menggunakan kaedah link affiliate ini, ia juga boleh dilakukan dengan mudah kerana bersifat percuma dan ejen-ejen boleh bekerja dari rumah serta tidak memerlukan sebarang pengalaman. 



Fungsi Link Affiliate di Squarelet

Sebagai founder produk, anda pasti mencari sistem yang menyediakan fungsi Link Affiliate ini bukan? Jadi, ianya lebih mudah untuk anda uruskan dan pantau kesemua reseller anda yang menjual dengan menggunakan link khas ini.

Jangan risau! Fungsi ini sememangnya tersedia di Squarelet. 


Setiap reseller anda yang berdaftar akan dapat link affiliate mereka sendiri untuk digunakan ketika membuat jualan.

Malah, mereka juga ada pilihan untuk menggunakan link tersebut bagi pelanggan yang ingin membeli website HQ atau link affiliate produk untuk pelanggan yang ingin membeli produk tertentu sahaja.

Apabila penjualan berjaya dibuat oleh pelanggan yang klik link affiliate reseller anda, sistem akan terus rekod order tersebut secara automatik dan dibuat dibawah reseller anda tadi untuk kiraan komisen. Menarik kan?


Terdapat banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan mengenai Link Affiliate ini di sistem Squarelet.

Jangan tunggu lagi, jom layari https://squarelet.com/ untuk tahu lebih lanjut!


Selain itu, anda juga boleh tonton pautan video di bawah mengenai bagaimana Link Affiliate boleh bantu janakan sales syarikat anda.

Pautan video: link affiliate bantu ejen dan dropship buat sales

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...