Skip to main content

Kenapa "Leaderboard" penting dalam bisnes anda?

Leaderboard atau papan markah menunjukkan nama dan markah semasa pesaing utama. Kita sering lihat papan markah ini di dalam permainan video, perlawanan golf dan banyak lagi.


Sumber: Google Image

Sehingga ke hari ini, 'leaderboard' telah menjadi salah satu alat atau konsep yang trending dalam dunia perniagaan.

Malah, hampir kesemua industri pada hari ini menggunakan konsep 'leaderboard' ini dalam perniagaan mereka untuk memuji individu yang berprestasi tinggi, memotivasikan individu dan membangunkan persaingan sihat dalam kalangan kenalan.

Kebaikan Leaderboard dalam Bisnes

1. Meningkatkan produktiviti kerja dan syarikat
Penggunaan konsep ini dalam bisnes anda dapat membantu pekerja mencapai suatu 'target' yang dikehendaki dengan lebih produktif dan strategik.

Hal ini kerana mereka akan menyasarkan untuk mencapai 'target' tersebut dalam tempoh yang diberikan oleh majikan. Jadi ini akan mengalakkan dan memberi semangat kepada pekerja untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kedudukan yang lebih baik.

 
2. Peningkatan prestasi pekerja

Sumber: Google Image
Ia dapat memotivasikan  pekerja untuk  melakukan sesebuah  tugasan dengan lebih  gigih dan bersemangat.

Kerana ia adalah kebiasaan manusia untuk merasakan diri lebih baik daripada orang lain dalam sesebuah situasi.



Malah konsep "leaderboard" ini juga berupaya untuk membantu majikan dalam membandingkan prestasi antara pekerja-pekerja dengan lebih mudah dan dalam situasi yang seronok. Dan ini juga secara tidak langsung akhirnya berkemungkinan akan membawa kepada peningkatan dari segi hasil keuntungan syarikat.


3. Lebih mudah untuk "track" hasil jualan syarikat 

Sumber: Google Image

Kebiasaanya, majikan hanya dapat memantau atau jejaki hasil pekerjanya menerusi penilaian tahunan.

Jadi, dengan menggunakan konsep 'leaderboard' ini, majikan dapat pantau prestasi pekerja dengan lebih efisien dan mengenalpasti prestasi terbaik dalam tempoh tertentu.




Malah, konsep ini juga membantu dalam membandingkan pekerja-pekerja yang membuat jualan dan memudahkan majikan untuk membuat keputusan mengenai strategi perniagaan.

Semua ini dapat membantu perniagaan untuk lebih berkembang pada masa yang akan datang.


4. Mewujudkan persaingan yang sihat
Persaingan yang sihat sentiasa baik untuk pertumbuhan sesebuah syarikat perniagaan. Ia boleh mendorong individu untuk melakukan kerja yang terbaik. 

Persekitaran persaingan yang sihat akan memberi pengaruh positif ke atas prestasi pekerja.

Malah ia juga dapat mengurangkan stres di tempat kerja. Ini kerana apabila rakan sekerja dapat bersaing dengan lebih santai dan bermotivasi, mereka akan lebih cenderung untuk bekerja pada tahap yang optimum tanpa perlu merisaukan tentang kesihatan.


Kesimpulannya, banyak bisnes pada hari ini telah menggunakan konsep 'leaderboard' ini bagi memajukan dan meningkatan kepuasan kerja. Dengan hanya mengekalkan tahap motivasi pekerja, ia boleh membawa kepada hasil yang lumayan kepada perniagaan anda.




Di Squarelet, kami mempraktikkan konsep ini untuk memudahkan HQ dalam memantau prestasi resellernya dengan lebih mudah dan teratur. 

Jadi, untuk tahu bagaimana konsep ini berjalan dalam sistem kami, anda boleh layari https://squarelet.com/ dan kami akan bantu anda.



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...