Skip to main content

Kelebihan COMBO kurangkan lambakan stok?

Combo adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat untuk menarik perhatian lebih ramai pelanggan dalam membuat pembelian. Ia merupakan satu gabungan produk-produk yang berbeza. 

Pelanggan boleh membuat pembelian produk-produk yang berbeza dalam satu harga yang lebih murah.

Sumber: Google Image

Dengan penawaran kombo yang menarik dan bertimbang rasa, anda boleh membuatkan pelanggan untuk merasa istimewa dan akan meningkatkan perniagaan anda dengan ketara dalam jangka masa yang panjang. 

Hal ini kerana, banyak entiti perniagaan telah menyatakan bahwa dengan memberi tawaran kombo akan mendatangkan faedah kepada bisnes mereka, malah ianya juga terbukti sebagai falsafah perniagaan yang berjaya.


Kelebihan buat COMBO dalam bisnes

1. Tingkatkan jualan syarikat

Sumber: Google Image
 

Tawaran kombo boleh   menarik minat   pelanggan  untuk  membeli lebih banyak  produk daripada  perniagaan anda.




Harga menarik yang anda tawarkan dalam Combo Offers akan meningkatkan jualan produk-produk berbeza sekaligus.


2. Mengurangkan lambakan stok

Ianya adalah normal bagi syarikat yang menghadapi masalah sesetengah produk mereka tidak terjual atau popular daripada produk lain yang ditawarkan. 

Ini akan menyebabkan stok tersebut tidak terjual atau "mati" yang akhirnya boleh membawa kepada kerugian.

Malah, terlalu banyak stok "mati" juga boleh mengakibatkan gangguan kepada operasi sesebuah perniagaan.

Jadi, dengan menawarkan kombo anda dapat menggerakkan stok-stok tersebut secara efisien dengan menawarkan ia dengan produk yang lain dalam lingkungan harga yang lebih murah berbanding harga asal.


3. Tingkatkan kewujudan (visibility) dalam kalangan pelanggan

Tawaran kombo ialah strategi terbaik untuk menjadikan semua produk dan perkhidmatan anda lebih kelihatan (visible) kepada bakal pelanggan (prospective customer) anda.

Sumber: Google Image


Apa yang boleh dilakukan dalam strategi ini adalah, anda boleh menambah produk yang kurang kelihatan atau kurang laris pada tawaran kombo tersebut.




Dengan melakukanya cara ini, produk tersebut secara tidak langsung akan lebih kelihatan (more visible) dalam kalangan pelanggan dan akhirnya meningkatkan lagi jualan syarikat.


4. Mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada

Mengekalkan kesetiaan pelanggan adalah sesuatu yang penting dalam menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. 

Tawaran kombo akan menjadikan pelanggan untuk merasa diri mereka istimewa dan penting untuk perniagaan tersebut, jadi mereka dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dan mesra dengan perniagaan tersebut.

Oleh itu, tawaran kombo adalah tawaran yang istimewa ditawarkan kepada pelanggan untuk menjadikan mereka setia terhadap platform perniagaan anda.


Combo dan Sistem Squarelet

Sumber: Squarelet.com
Di Squarelet, fungsi COMBO ini sudah tersedia ada! Tambah pula, senarai kombo yang boleh anda lancarkan bukan hanya 10, tetapi 20 senarai kombo! 

Malah, combo juga boleh disetkan hanya untuk retail customer ataupun pada level-level reseller tertentu sahaja seperti Dropship, Ejen dan Stokis.

Sumber: Squarelet.com

Anda boleh setkan Combo dengan special discount, atau buat combo dengan Freegift.

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan fungsi Combo ini, terus layari https://squarelet.com/


Comments

Popular posts from this blog

5 bisnes idea untuk beginners

Dalam menghadapi pelbagai isu ekonomi yang tidak stabil hari ini, orang ramai disarakan untuk mempunyai perancangan kewangan yang lebih baik untuk kelangsungan hidup yang lebih selesa.  Bagi mereka yang berniat untuk membuat bisnes bagi mencari pendapatan tambahan, sudah tentu keliru bisnes apakah yang sesuai dan mampu mereka jalankan. Jadi, disini terdapat 5 bisnes idea yang boleh anda cuba sebagai titik pemula kerjaya bisnes anda. Antaranya ialah: 1. Freelance Jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang editing, marketing atau lain-lain, anda boleh gunakan ia sebagai satu bisnes untuk jana pendapatan.  Contoh anda mempunyai kepakaran untuk membuat iklan online, jadi anda boleh bantu pelanggan-pelanggan untuk pasarkan produk mereka di platform-platform sosial media dan lain-lain seperti Facebook Ads atau Google Ads.  Jika pelanggan tidak mempercayai anda, anda boleh mulakan dengan sesi trial/percubaan terlebih dahulu dan bersifat percuma. Jika mereka berp

Kelebihan strategi Word-of-Mouth (WOM) dalam bisnes

Word-of-Mouth (WOM) atau strategi permasaran mulut ke mulut merujuk kepada perkongsian maklumat dan pendapat secara tidak rasmi antara orang ramai khususnya mengenai sesuatu produk, perkhidmatan atau sesebuah syarikat.  Ianya berlaku secara semula jadi melalui interaksi temubual, perbualan atas talian serta  ucapan santai, dan amat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran, sikap dan tindakan orang ramai.  Penggunaan s trategi Word-of-Mouth (WOM) ini mendatangkan banyak kelebihan kepada sesebuah perniagaan, antaranya ialah: 1. Tingkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama Apabila pelanggan yang berpuas hati dan menyampaikan maklumbalas positif selepas penggunaan produk anda kepada kenalan dan keluarga mereka, ini secara tidak langsung akan tingkatkan kesedaran jenama dengan semula jadi. Cadangan daripada pelanggan itu sendiri sebenarnya akan lebih dipercayai berbanding pengiklanan secara tradisional mahupun atas talian kerana ianya datang daripada mulut seseorang yang mereka kenali dan perca

Tips improve bisnes online anda

Kehidupan hari ini telah banyak mengubah cara sesebuah perniagaan beroperasi. Hari ini, hampir semua orang dapat memanfattkan potensi internet dan peluangnya untuk berkembang. Perniagaan atas talian ini menjalankan kebanyakan operasinya secara digital, daripada paparan produk dan perkhidmatan kepada penempatan pesanan (order placement) dan pembayaran. Pelbagai perkhidmatan dibekalkan kepada individu tersebut melalui platform internet tanpa memerlukan interaksi bersemuka (face-to-face interaction). Meskipun perniagaan atas talian tidak memerlukan banyak tenaga untuk bergerak, namun ianya juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Misalnya, peniaga mungkin menjana jualan dan keuntungan yang rendah (low sales and profit), masalah teknikal seperti website crash atau server yang lambat, khidmat pelanggan yang buruk dan sebagainya.  Oleh itu,  disini terdapat 5 cara berkesan untuk anda kembangkan perniagaan anda secara atas talian, dan jika ianya dilaksanakan dengan betul, ia mampu membawa