Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2024

Kenapa Affiliate menjadi pilihan ejen berbanding pegang stok?

Affiliate adalah strategi pemasaran berasaskan prestasi di mana anda memperoleh komisen bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat yang lain. Cara penjualan ini semakin popular dalam kalangan orang ramai pada hari ini bagi menjana pendapatan secara atas talian.  Ia adalah salah satu cara untuk menjana wang dari rumah dengan mengesyorkan kepada orang ramai produk yang anda percaya dan sukai.  Malah, Affiliate ini bukan saja mendatangkan faedah kepada ahli gabungan ataupun Affiliates itu sendiri, namun juga kepada pengguna dan Founder produk tersebut. Selain itu, affiliate juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada kerana ianya bersifat fleksible. Terdapat banyak lagi manfaat yang boleh diperolehi dengan membuat Affiliate ini.  Jika anda ingin tahu apakah manfaatnya, ikuti full podcast Sembang Squarelet kami di pautan yang tertera di bawah ini. Menerusi podcast ini, kami kongsikan kepada anda sebab-sebab Affiliate menjadi pilihan ejen-ejen berbanding pe

Punca-punca ejen masih main harga dalam bisnes anda

Kenapa ejen-ejen suka main harga semasa menjual produk HQ? Meskipun founder telah mengambil pelbagai tindakan untuk atasinya, namun isu ini masih saja terus berlaku. Mengapa? Sebelum itu, main harga merupakan salah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan dalam kalangan pihak yang tidak bertanggungjawab.  Ini termasuklah situasi dimana ejen-ejen dan stokis-stokis memanipulasi harga dengan menjual harga rendah dengan anggapan hendak laku cepat sedangkan rakan lain terjeas dek kerana perbuatan ini. Isu manipulasi harga sebegini juga telah menjadi norma baharu dalam kalangan peniaga pada hari ini. Oleh itu, founder atau HQ perlu ada perancangan untuk memastikan kesannya tidak berlanjutan sehingga menjejaskan perniagaan sendiri. Jadi bagaimana untuk atasinya? Jika anda ingin tahu punca-punca lain yang menyebabkan ejen-ejen anda cenderung untuk main harga dalam menjual produk dan cara terbaik untuk atasinya, anda boleh ikuti podcast Sembang Squarelet di pautan yang tertera di bawah.  Meneru

Relevan atau tidak Founder jadi SME dalam bisnes sendiri?

  Apa itu SME? SME iaitu Subject Matter Expert merujuk kepada seorang individu dalam perniagaan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam dalam bidang tertentu.  Mereka adalah orang yang sesuai untuk soalan yang rumit dan dianggap sebagai pihak yang berkuasa mengenai subjek tertentu dalam sesebuah syarikat. Malah mereka juga akan bertindak dalam membantu membuat keputusan dan merangka pembangunan syarikat. SME memainkan peranan yang amat penting dalam kelangsungan operasi bisnes yang berjaya. Mereka ini adalah aset yang berharga kepada perniagaan sendiri kerana mereka boleh memberikan pandangan (insights) dan panduan yang boleh membantu syarikat untuk berjaya.  Dengan adanya SME ini dalam perniagaan juga, aliran kerja ataupun workflow HQ juga akan jadi lebih sistematik dan teratur. Syarikat akan lebih senang untuk berkembang dan HQ pun boleh buat lebih banyak planning baru untuk reseller-reseller. Walaubagaimanapun, adakah masih relevan sekiranya Founder atau HQ sendiri m

Apa Founder boleh buat dengan isu Boikot?

  Isu boikot yang kini sedang hangat di seluruh dunia telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna malah juga kepada founder-founder diluar sana.  Isu ini adalah kesan daripada isu peperangan yang berlaku antara Palestine dan Zionis Isr*el. Ia merupakan salah satu bentuk protest terhadap kezalim Zionis. Pelbagai tindakan telah dijalankan oleh rakyat di luar sana dan antaranya adalah kempen Boikot. Bagi pengguna, ramai antara mereka telah mengambil tindakan dengan menggantikan produk luar yang terdapat dalam senarai boikot ini dengan produk tempatan bagi menyumbang kepada isu ini.  Mereka telah mula beralih arah dengan membeli lebih banyak barangan lokal bagi menunjukkan sifat kemanusiaan dan prihatin terhadap kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestine. Oleh itu, rentetan daripada isu ini, ia sebenarnya memberi kesempatan yang baik kepada usahawan-usawahan di luar sana.  Ini kerana, disebabkan semakin ramai orang pada hari ini lebih memilih untuk membeli produk tempatan, jadi

HQ perlu kira keuntungan syarikat dalam peratusan

Adalah penting untuk HQ tahu kepentingan mengira keuntungan syarikat dalam bentuk peratusan yang mampu memberi kesan luar biasa kepada kejayaan perniagaan dalam jangka masa panjang. Dengan mengira keuntungan dalam bentuk peratusan ia dapat membantu HQ untuk tahu prestasi kewangan syarikat dengan lebih mudah.  Ini sekaligus akan membantu HQ untuk ketahui sama ada syarikatnya sedang mengaut keuntungan ataupun sebaliknya.  Malah, HQ juga boleh buat perancangan terbaik yang seterusnya bagi memastikan kejayaan syarikat terus dicapai dalam jangka masa yang lama dan sekaligus memastikan kelangsungan operasi syarikat di pasaran tempatan.  Jika anda ingin dengan bagaimana cara untuk mengira keuntungan syarikat anda dalam bentuk peratusan, anda boleh ikuti full podcast Sembang Squarelet kami pada pautan yang disediakan. Semoga bermanfaat! Tekan pautan ini 👇🏻: https://youtu.be/i0Dgkhz5Shs