Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

Bisnes apa yang relevan tahun 2023?

Sumber: Google Image Anda nak jadi usahawan, tapi tak tahu bisnes apa yang relevan tahun 2023? Sebenarnya, masih ada banyak bisnes yang anda boleh ceburi dan sememangnya relevan sehingga ke hari ini.  Berikut adalah contoh-contoh bisnes terbaik yang anda boleh usahakan pada masa kini dan sebabnya: 1. Aplikasi Mudah Alih atau Perisian (Apps/Software) Sumber: Google Image Membangunkan dan mengusahakan perniagaan perisian komputer atau aplikasi mudah alih adalah salah satu perniagaan yang sangat penting pada hari ini.  Sekiranya anda mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi atau IT serta seorang yang kreatif dan inovatif, adalah bagus jika anda mengusahakan perniagaan jenis ini. Tambah pula, dengan kemajuan pesat teknologi pada masa kini, software dan aplikasi telefon bimbit adalah sesuatu perkara yang semakin menjadi keperluan dalam kehidupan harian hari ini.  Selain itu, ia juga merupakan perniagaan yang mendatangkan keuntungan yang lumayan.  2. Homestay atau Airbnb Jika anda mempun

Affiliate dan manfaatnya dalam dunia bisnes kini

Sumber: Google Image Apa itu Affiliate? Untuk pengetahuan anda, affiliate adalah satu struktur insentif untuk menarik minat reseller seperti stokis, ejen, dropship dan team sales untuk mempromosikan dan menjual produk anda. Setiap usaha dalam membuat promosi, mereka akan mendapat komisen bagi setiap produk yang terjual. Jadi, apabila reseller-reseller anda berjaya membuat jualan, mereka akan mendapat keuntungan dan pada masa yang sama, perniagaan anda akan turut mendapat hasil keuntungan yang lumayan. Tambahan pula, sekiranya pendekatan affiliate ini dilakukan dengan baik dan strategik, ia berpotensi untuk menjadi strategi pemasaran anda yang paling penting dan berpengaruh. Akhirnya, mampu meningkatkan jumlah jualan dan kesedaran jenama dari semasa ke semasa. Bagaimana Affiliate Dapat Bantu Bisnes Anda? Affiliate berfungsi melalui link khas yang diset kepada setiap individu. Sumber: Google Image Secara ringkasnya selepas mendaftar sebagai reseller bagi sesuatu perniagaan, mereka akan