Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

Siapa yang patut menjual di Tiktok?

Hari ini, media sosial Tiktok telah menjadi sebuah platform yang semakin popular di mata dunia. Ianya bukan sekadar bertujuan sebagai platform perkongsian video, malah turut menjadi satu pusat pemasaran dunia yang berkuasa. Untuk perniagaan yang ingin memanfaatkan khalayak yang ramai, menjual di Tiktok adalah salah satu jalan yang bijak kerana ia menawarkan jangkauan yang lebih luas. Namun persoalannya, siapa yang lebih wajar untuk menjual di platform Tiktok ini? Adakah Founder ataupun ejen? Sebenarnya, ianya adalah lebih wajar untuk Founder memberi peluang kepada ejen-ejen untuk menjual di platform tersebut. Kerana, menjual di Tiktok memerlukan komitmen masa yang tinggi daripada pihak tersebut.  Pelbagai video-video konten perlu dimuatnaik untuk menarik perhatian pembeli, dan ini memerlukan masa dan tenaga yang amat banyak.  Oleh itu, ia boleh menjadi sebuah cabaran untuk Founder yang sememangnya sudah memegang tanggungjawab yang pelbagai untuk keseluruhan operasi bisnesnya. Selain it

Punca-punca ejen lari cari HQ yang lain

Ejen anda lari cari HQ yang lain? Tahu tak sebab apa perkara macam ni masih berlaku walaupun anda sudah mencuba pelbagai cara untuk selesaikannya? Salah satunya adalah kerana komunikasi yang tak jelas daripada HQ atau Founder itu sendiri.  Komunikasi yang tak jelas akan menyebabkan tercetusnya salah faham antara ejen-ejen dan juga Founder itu sendiri. Malah tanpa komunikasi yang jelas berkaitan matlamat, tujuan dan keutamaan bisnes, ejen-ejen akan menjadi tidak pasti tentang apa yang diharapkan oleh mereka.  Ini akan menyebabkan kekurangan hala tuju dan penurunan dalam produktiviti secara keseluruhan. Selain itu, tawaran reward yang tidak menarik daripada HQ juga akan menyebabkan ejen-ejen tidak setia kepada HQ tersebut. Pemberian reward hendaklah setaraf dan bersesuaian dengan usaha ejen-ejen.  Malah reward yang tidak menarik turut mengakibatkan motivasi ejen-ejen jatuh dan melemahkan semangat mereka untuk menjual produk HQ. Ejen-ejen yang berasa kurang dihargai lebih cenderung untuk