Data perniagaan adalah maklumat kolektif yang berkaitan dengan syarikat dan operasinya. Ini termasuklah sebarang maklumat mengenai statistik, data analisis mentah, data maklumbalas pelanggan, jumlah kuantiti jualan produk dan set maklumat yang lain.
Sumber: Google Image |
Sesebuah perniagaan kebiasaanya mengumpul sebanyak mungkin data mengenai operasi mereka bagi menggunakannya untuk membantu menyelaraskan operasi dan mengetahui lebih tentang keperluan pelanggan supaya mereka dapat melayani pelanggan mereka dengan lebih baik.
Jenis-jenis data dalam perniagaan
- Data pelanggan
- Data analitik syarikat
- Data inventori dan rantaian bekalan
- Data produk
- Data pemasaran
- Data pekerja
Kepentingan data bisnes dalam perniagaan anda
1. Membantu perniagaan membuat keputusan
Pentingnya data dalam sesebuah bisnes adalah ia dapat membantu sesebuah syarikat itu membuat keputusan yang lebih baik.
Sumber: Google Image |
Ini kerana, data dapat membantu syarikat membuat keputusan yang sukar dengan lebih cepat dan memahami kesan atau faedah keputusan tersebut dengan baik.
2. Meningkatkan kepuasan hati pelanggan
Kepuasan pelanggan dapat membantu dalam meningkatkan kesetiaan dan kepercayaan pelanggan, yang juga akhirnya boleh meningkatkan jualan dan rujukan pelanggan.
Tambah pula, dengan rujukan daripada data-data operasi syarikat, ia dapat membantu dalam mengkaji kesan usaha syarikat terhadap kepuasan pelanggan dan belajar daripada kesilapan untuk memperbaikinya pada masa akan datang.
3. Keuntungan syarikat meningkat
Sumber: Google Image |
Data mentah dapat membantu syarikat mengenalpasti situasi yang membolehkan ia mengurangkan perbelanjaan, meningkatkan usaha dan memperoleh lebih banyak hasil.
Ia juga dapat meningkatkan keuntungan syarikat dengan menjadikannya sebuah syarikat yang lebih cekap, memberikan maklumat utama (key insights) mengenai operasi dan kepuasan pelanggan serta membantu menambahbaik sesebuah proses tersebut.
4. Membantu dalam penyelesaian masalah syarikat
Data-data ini juga akan dapat membantu pemimpin syarikat untuk mengenalpasti dan menangani masalah utama serta memantau kesan daripada penyelesaian yang dicadangkan.
Contohnya, jika syarikat dapat mengenalpasti isu dalam proses pembuatannya, ia mungkin dapat mengumpul data tentang kos bagi setiap unit untuk dihasilkan dan juga jumlah hasil yang mereka serta pengeluaran yang berkurangan.
Jadi, perkara ini dapat membantu menyelesaikan masalah utama syarikat yang akhirnya dapat membawa kepada produktiviti syarikat yang semakin meningkat pada masa akan datang.
5. Memperbaiki proses operasi syarikat
Dengan adanya data-data penting ini, eksekutif syarikat dapat menentukan cara membuat proses-proses tertentu seperti pembuatan atau perkhidmatan pelanggan yang lebih cekap.
Sumber: Google Image |
Sebagai contoh, syarikat mungkin mengumpul data tentang proses atau strategi pemasaran yang dijalankan dan mendapati bahawa ia memperuntukkan 50% daripada belanjawan pemasaran kepada kempen media sosial yang tidak menjana 'leads' yang tinggi.
Jadi, dengan data ini, syarikat dapat mengenalpasti dan membuat keputusan sama ada untuk masih menggunakan perbelanjaan tersebut dalam proses yang sama atau proses lain yang lebih berpotensi mendatangkan impak yang lebih baik ke atas syarikat.
Comments
Post a Comment