Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2023

4 kesilapan yang akan hancurkan bisnes online anda

Bisnes online adalah bisnes yang beroperasi melalui internet. Ini termasuklah bisnes yang menjual produk seperti barangan atau perkhidmatan (service) dan juga bisnes yang menyediakan maklumat atau hiburan kepada penonton. Sehingga ke hari ini, semakin ramai orang yang telah menceburi bidang perniagaan secara atas talian ini tanpa mengira umur. Namun, membuat bisnes online tidaklah semudah seperti yang dilihat menerusi ruang internet, terdapat banyak perkara yang perlu diperhatikan bagi menjamin kejayaan bisnes tersebut. Ramai usahawan yang menjalankan bisnes online masih melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan bisnes mereka sendiri. Antaranya ialah: 1. Tidak mempunyai perancangan yang jelas Sebelum anda memulakan perniagaan atas talian ini, adalah penting untuk mempunyai perancangan/pelan yang jelas tentang apa yang ingin anda capai.  Perancangan ini juga perlu merangkumi khalayak sasaran anda, produk atau perkhidmatan yang anda jual, strategi pemasaran dan matlamat kewangan a

Perkara-perkara yang HQ perlu ready sebelum recruit ejen

Sebelum pemilik bisnes iaitu anda mula merekrut ejen, adalah penting untuk mempunyai asas yang kukuh dan rancangan yang jelas. Berikut ialah beberapa usaha yang perlu dipertimbangkan dan disediakan sebelum merekruit ejen-ejen untuk penjualan semula produk anda. 1. Bahan-bahan pemasaran yang bersesuaian Sebagai pemilik bisnes, anda sebaiknya menyediakan atau mencipta bahan-bahan marketing dan jualan kepada semua ejen-ejen yang boleh mereka gunakan untuk mempromosikan produk anda tersebut. Ini termasuklah risalah, katalog, aset digital dan kandungan pengiklanan. Namun, kesemua bahan-bahan ini perlulah digunakan dengan mengikut kesesuaian jenis perniagaan yang anda tawarkan kepada umum. 2. Inventori dan rantaian bekalan yang mencukupi  Anda perlu pastikan rantaian bekalan dan proses pengurusan inventori anda mampu menyokong pesanan yang dibuat oleh ejen-ejen. Ini termasuklah melaksanakan penghantaran yang cekap dan "order fulfillment" yang efisien. 3. Latihan penjualan kepada re