Apa itu Data? Kenapa Data itu Penting? Data jika dilihat dalam sudut bisnes, adalah maklumat yang berkaitan dengan operasi syarikat. Ia merangkumi banyak perkara penting, antaranya adalah transaksi pembayaran, interaksi pelanggan, prestasi pekerja ataupun ejen-ejen, belanjawan, kesihatan operasi dan banyak lagi. Ia amat penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah syarikat itu dalam jangka masa yang panjang. Data juga dikatakan amat penting kerana ianya boleh memberi maklumat kepada majikan untuk buat keputusan yang lebih bijak dan strategik, meningkatkan prestasi pekerja, mengekalkan kepuasan pelanggan, memberi kelebihan dalam persaingan, majikan dapat rancang sesuatu perkara untuk menaik tarafkan lagi perniagaan mereka dengan lebih strategik dan banyak lagi. Data penting kerana ia umpama bahan api yang akan mendorong kepada keputusan perniagaan yang lebih bijak. Oleh itu, dengan memanfaatkan data operasi dengan berkesan, syarikat boleh memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership