Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

3 perkara kena ready sebelum mula berbisnes

Ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh seorang individu sebelum mula berniaga. Berikut adalah antara 3 perkara penting yang perlu disediakan oleh seseorang usahawan:  1. Nama Jenama Nama jenama memainkan peranan yang penting dalam memastikan "kehidupan" perniagaan anda di masa depan. Dalam mencipta dan memilih nama jenama bagi syarikat anda, adalah disarankan untuk memilih nama yang tidak terlalu rumit atau sukar namun yang ringkas dan mudah untuk orang ramai sebut dan ingat buat jangka masa yang panjang.  Nama jenama adalah lebih daripada sekadar label. Ia merupakan alat yg berkuasa untuk membentuk persepsi pelanggan, memacu usaha pemasaran dan menentukan kejayaan perniagaan anda. Jadi, dengan melaburkan masa dan usaha untuk memilih nama jenama yang kukuh dan bermakna, anda boleh memastikan jenama anda berjaya pada masa akan datang. 2. Logo Sama juga seperti nama jenama, logo juga perlulah direkabentuk dengan kreatif dan memudahkan orang ramai untuk ingat kepada

Tips improve bisnes online anda

Kehidupan hari ini telah banyak mengubah cara sesebuah perniagaan beroperasi. Hari ini, hampir semua orang dapat memanfattkan potensi internet dan peluangnya untuk berkembang. Perniagaan atas talian ini menjalankan kebanyakan operasinya secara digital, daripada paparan produk dan perkhidmatan kepada penempatan pesanan (order placement) dan pembayaran. Pelbagai perkhidmatan dibekalkan kepada individu tersebut melalui platform internet tanpa memerlukan interaksi bersemuka (face-to-face interaction). Meskipun perniagaan atas talian tidak memerlukan banyak tenaga untuk bergerak, namun ianya juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Misalnya, peniaga mungkin menjana jualan dan keuntungan yang rendah (low sales and profit), masalah teknikal seperti website crash atau server yang lambat, khidmat pelanggan yang buruk dan sebagainya.  Oleh itu,  disini terdapat 5 cara berkesan untuk anda kembangkan perniagaan anda secara atas talian, dan jika ianya dilaksanakan dengan betul, ia mampu membawa