Skip to main content

5 perkara anda perlu buat sebelum mulakan bisnes

Memulakan sebuah perniagaan boleh menjadi amat membimbangkan dan stres kepada sesebuah pihak. Ianya seperti melakukan 10 kerja pada satu sama. 

Malah, ianya tidak mudah kerana memerlukan tenaga, masa dan wang yang banyak. Perkara ini memang tidak dapat dielakkan oleh mereka yang ingin memulakan atau memasuki dunia bisnes. 

Sumber: Google Image

Walaubagaimanapun, membuat persiapan yang rapi dan mengambil langkah yang betul pada peringkat awal sebelum memulakan sesebuah perniagaan dapat memberi impak yang besar pada masa hadapan. 

Ia sedikit sebanyak dapat membantu para usahawan untuk mengambil keputusan yang betul dan lebih teratur. 


5 Perkara Perlu Dibuat Sebelum Memulakan Bisnes

1. Buat research 

Langkah pertama sebelum memulakan bisnes adalah, anda perlulah membuat kajian atau "research" berkenaan industri perniagaan itu sendiri supaya anda dapat mendominasikan perniagaan anda. 

Ini termasuklah mengenalpasti audiens sasaran, pesaing terdekat anda, lokasi penempatan perniagaan, sumber bahan mentah yang ingin digunakan, modal dan banyak lagi. 

Anda perlu memahami apa yang ditawarkan dalam industri tersebut agar tidak ketinggalan dan menjadi perniagaan yang gagal pada masa akan datang.


2. Membuat rancangan kewangan syarikat

Sumber: Google Image

Memulakan perniagaan memerlukan yang mungkin tidak dapat miliki dengan serta-merta. 

Itulah sebabnya anda perlu mencari cara untuk memperolehi modal bagi menjalankan perniagaan anda dengan lebih sistematik.




Sebaiknya anda membuat perancangan tentang bagaimana anda akan membiayai kos permulaan operasi perniagaan, sama ada itu adalah menggunakan dana anda sendiri, meminta wang daripada keluarga dan rakan atau meminjam wang daripada institusi kewangan.


3. Fahami risiko perniagaan

Sudah tentu terlibat dalam industri perniagaan mempunyai risikonya yang tersendiri. Contohnya membuat pengiraan, memahami dan merancang risiko adalah langkah penting yang perlu diambil sebelum mengusahakan sebuah perniagaan.

Dalam memastikan kejayaan sesebuah perniagaan, anda perlulah jujur dengan diri sendiri dan rakan kongsi mengenai risiko yang terlibat kerana ia dapat membantu anda membuat persediaan dalam melindungi perniagaan anda, contohnya seperti mendapatkan insurans yang betul.


4. Mendapatkan khidmat nasihat daripada mentor atau penasihat

Sebuah perniagaan sebaiknya dimulakan dengan mendapatkan nasihat daripada yang lebih pakar atau sesebuah pihak yang sudah lama terlibat dalam bidang ini. 

Ini kerana, dengan cara ini anda akan dapat belajar terus daripada orang lain yang telah melalui proses tersebut dan ia akan membantu anda dalam memastikan perniagaan anda berkembang dengan lebih baik.


5. Komited sepenuhnya 

Menjadi seorang usahawan anda perlulah mempunyai semangat yang kental dan benar-benar percaya terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam perniagaan anda.

Ini bermaksud, anda perlu bersedia untuk mengorbankan masa cuti dan kehidupan tanpa gaji. Anda juga perlu mempunyai pemikiran yang berbeza daripada pekerja biasa, kerana rutin harian anda adalah amat berbeza daripada mereka. 


Kesimpulannya, sebelum memulakan perniagaan, sebaiknya anda periksa dulu sama ada anda mempunyai kefahaman yang baik terhadap kelima-lima perkara ini bagi memudahkan dan melancarkan operasi perniagaan anda pada masa akan datang. 




Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...