Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

Mengapa pelanggan tak membeli dari anda?

Setiap peniaga pasti tahu perasaan "sakit" apabila tidak dapat mencapai target yang diimpikan untuk jana jualan. Ini semua berlaku apabila peniaga tidak tahu perkara-perkara penting yang perlu ada dalam perniagaan terutamanya strategi pemasaran.  Sumber: Google Image Jadi, jika perniagaan anda tidak menjana jualan seperti yang anda ramalkan, berikut berkemungkinan menjadi asbabnya. 1. Tiada perasaan "urgency" dari anda Kebiasaannya, orang ramai tidak akan membeli sesuatu produk sekiranya mereka merasakan bahawa ianya tidak penting dan boleh dibeli pada tempoh waktu yang lain.  Tanpa sebab yang kukuh mengapa pelanggan perlu membeli produk anda pada waktu itu berbanding waktu yang lain, akan menyebabkan tawaran tersebut menjadi suatu usaha yang sia-sia.  Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda sebagai pengasas produk menciptakan "Sense of Urgency" kepada pelanggan anda bagi meningkatkan lagi tarikan produk anda dalam kalangan pelanggan.  2. Kurang maklumat me

Apa yang berlaku bila anda renew Domain selepas tarikh expired?

  Bayangkan situasi dimana anda dah menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk bina website jualan dengan domain yang menarik dan tiba-tiba tanpa sedar domain anda tamat tempoh. Apa akan jadi? Jangan risau! Dalam blog kali ini, kami akan ceritakan langkah-langkah penting yang  boleh diambil untuk memperbaharui domain yang sudah tamat tempoh bersama penerangan apa yang akan berlaku.  1. Fahami Konsep Domain Pertama sekali, jom kita fahamkan konsep domain. Apabila anda mendaftar nama domain, pasti anda akan dimaklumkan info-info penting seperti tempoh aktif domain tersebut. Sebelum domain mencapai tarikh tamat, biasanya anda akan diberi beberapa notifikasi untuk memperbaharui domain dalam bentuk email. Jika anda terlepas pandang email notifikasi ini atau tidak memperbaharui domain sebelum ia tamat tempoh, anda akan termasuk kedalam beberapa fasa sebelum domain anda dibuka untuk jualan umum. 2. Domain Tamat Tempoh Setelah domain anda tamat tempoh, website berkemungkinan tidak boleh di akses

5 sebab mengapa sistem penting untuk perniagaan

Sistem adalah penting untuk perniagaan atas beberapa sebab, antaranya adalah kerana ia menyediakan struktur, kecekapan dan ketekalan (consistency) dalam pelbagai aspek dalam perniagaan. Sistem juga adalah perkara yang menjadikan sesebuah perniagaan itu dapat bertahan dan berkembang dengan jayanya.  Dengan mensistemkan perniagaan anda, anda akan memperoleh gambaran menyeluruh tentang setiap aspek perniagaan anda berfungsi, yang membolehkan anda menguruskan pasukan atau pekerja dengan lebih teratur dan berkesan.  Berikut adalah beberapa sebab mengapa sistem penting untuk sesebuah perniagaan: Sebab Sistem Penting dalam Perniagaan Anda: 1. Pembuatan Keputusan & Penilaian Prestasi Sistem menyediakan asas untuk pengumpulan dan analisis data. Pendekatan ini membantu dalam membuat keputusan dengan memberikan cerapan (insights) tentang prestasi, arah aliran dan bidang yang memerlukan penambahbaikan. Oleh itu, dengan adanya sistem dan proses yang betul, anda akan memperoleh hasil yang jauh l