Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2024

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a

Bisnes apa yang laku keras masa bulan puasa?

Setiap tahun, bulan puasa iaitu bulan Ramadhan sering dianggap sebagai bulan terbuka luas pintu rezeki. Ketika ini, ramai yang mengambil peluang untuk berniaga secara sambilan.  Manakala yang telah pun berniaga, mula merangka strategi meningkatkan promosi dan teknik pemasaran untuk menambah jualan. Jadi, apakah bisnes yang selalu masyuk dan laku keras semasa bulan Ramadhan?  Ramai lebih selesa untuk berniaga sesuatu yang mereka dah biasa jual, namun tidak salah untuk mencuba bisnes lain yang pasarannya mendadak naik ketika bulan mulia ini. Antara bisnes yang anda boleh cuba jalankan untuk dapatkan keuntungan besar: 1. Makanan ready-to-eat Bulan puasa sememangnya ramai orang mencari makanan-makanan yang tidak memerlukan banyak tenaga untuk disiapkan terutamanya bagi persediaan waktu sahur.  Contohnya, anda boleh menjual makanan seperti dendeng, sambal-sambal dalam botol seperti sambal hijau, acar ikan masin atau menu-menu lain yang dah lalui proses "retort" untuk tahan lama. J