Skip to main content

Posts

Perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh HQ sebelum masuk ke dunia ejen

Dalam sesebuah perniagaan, jika anda inginkan bisnes anda berkembang dengan lebih maju anda kena tahu yang ianya adalah penting untuk anda tahu cara terbaik untuk melakukannya dengan berjaya.  Antara sebab sesebuah bisnes itu tak berjaya adalah kerana HQ tak pertimbangkan dan tak buat perancangan dengan sistematik untuk uruskan bisnes sendiri.  Sebagai seorang usahawan, ada banyak perkara penting yang perlu anda lihat sebelum anda memasuki ke dunia ejen. Antaranya adalah; HQ atau majikan perlu tahu jenis strategi bisnes yang mana lebih sesuai untuk bisnesnya. Jika HQ tersalah pilih strategi, ini bukan saja akan merisikokan syarikat malah membawa kerugian dalam jangka masa yang singkat. Tambahan pula, dengan strategi yang betul ia akan membimbing HQ untuk membuat keputusan yang lebih bijak untuk setiap jabatan yang ada dalam operasi syarikatnya dan memastikan semua orang berusaha ke arah objektif yang sama. Tanpa strategi yang jelas, perniagaan boleh menjadi huru-hara, membazirkan sumb
Recent posts

Kepentingan data dan pemilihan strategi yang betul dalam bisnes

 Apa itu Data? Kenapa Data itu Penting? Data jika dilihat dalam sudut bisnes, adalah maklumat yang berkaitan dengan operasi syarikat. Ia merangkumi banyak perkara penting, antaranya adalah transaksi pembayaran, interaksi pelanggan, prestasi pekerja ataupun ejen-ejen, belanjawan, kesihatan operasi dan banyak lagi. Ia amat penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah syarikat itu dalam jangka masa yang panjang. Data juga dikatakan amat penting kerana ianya boleh memberi maklumat kepada majikan untuk buat keputusan yang lebih bijak dan strategik, meningkatkan prestasi pekerja, mengekalkan kepuasan pelanggan, memberi kelebihan dalam persaingan, majikan dapat rancang sesuatu perkara untuk menaik tarafkan lagi perniagaan mereka dengan lebih strategik dan banyak lagi. Data penting kerana ia umpama bahan api yang akan mendorong kepada keputusan perniagaan yang lebih bijak.  Oleh itu, dengan memanfaatkan data operasi dengan berkesan, syarikat boleh memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a

Bisnes apa yang laku keras masa bulan puasa?

Setiap tahun, bulan puasa iaitu bulan Ramadhan sering dianggap sebagai bulan terbuka luas pintu rezeki. Ketika ini, ramai yang mengambil peluang untuk berniaga secara sambilan.  Manakala yang telah pun berniaga, mula merangka strategi meningkatkan promosi dan teknik pemasaran untuk menambah jualan. Jadi, apakah bisnes yang selalu masyuk dan laku keras semasa bulan Ramadhan?  Ramai lebih selesa untuk berniaga sesuatu yang mereka dah biasa jual, namun tidak salah untuk mencuba bisnes lain yang pasarannya mendadak naik ketika bulan mulia ini. Antara bisnes yang anda boleh cuba jalankan untuk dapatkan keuntungan besar: 1. Makanan ready-to-eat Bulan puasa sememangnya ramai orang mencari makanan-makanan yang tidak memerlukan banyak tenaga untuk disiapkan terutamanya bagi persediaan waktu sahur.  Contohnya, anda boleh menjual makanan seperti dendeng, sambal-sambal dalam botol seperti sambal hijau, acar ikan masin atau menu-menu lain yang dah lalui proses "retort" untuk tahan lama. J

Kelebihan strategi Word-of-Mouth (WOM) dalam bisnes

Word-of-Mouth (WOM) atau strategi permasaran mulut ke mulut merujuk kepada perkongsian maklumat dan pendapat secara tidak rasmi antara orang ramai khususnya mengenai sesuatu produk, perkhidmatan atau sesebuah syarikat.  Ianya berlaku secara semula jadi melalui interaksi temubual, perbualan atas talian serta  ucapan santai, dan amat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran, sikap dan tindakan orang ramai.  Penggunaan s trategi Word-of-Mouth (WOM) ini mendatangkan banyak kelebihan kepada sesebuah perniagaan, antaranya ialah: 1. Tingkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama Apabila pelanggan yang berpuas hati dan menyampaikan maklumbalas positif selepas penggunaan produk anda kepada kenalan dan keluarga mereka, ini secara tidak langsung akan tingkatkan kesedaran jenama dengan semula jadi. Cadangan daripada pelanggan itu sendiri sebenarnya akan lebih dipercayai berbanding pengiklanan secara tradisional mahupun atas talian kerana ianya datang daripada mulut seseorang yang mereka kenali dan perca

3 perkara kena ready sebelum mula berbisnes

Ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh seorang individu sebelum mula berniaga. Berikut adalah antara 3 perkara penting yang perlu disediakan oleh seseorang usahawan:  1. Nama Jenama Nama jenama memainkan peranan yang penting dalam memastikan "kehidupan" perniagaan anda di masa depan. Dalam mencipta dan memilih nama jenama bagi syarikat anda, adalah disarankan untuk memilih nama yang tidak terlalu rumit atau sukar namun yang ringkas dan mudah untuk orang ramai sebut dan ingat buat jangka masa yang panjang.  Nama jenama adalah lebih daripada sekadar label. Ia merupakan alat yg berkuasa untuk membentuk persepsi pelanggan, memacu usaha pemasaran dan menentukan kejayaan perniagaan anda. Jadi, dengan melaburkan masa dan usaha untuk memilih nama jenama yang kukuh dan bermakna, anda boleh memastikan jenama anda berjaya pada masa akan datang. 2. Logo Sama juga seperti nama jenama, logo juga perlulah direkabentuk dengan kreatif dan memudahkan orang ramai untuk ingat kepada

Tips improve bisnes online anda

Kehidupan hari ini telah banyak mengubah cara sesebuah perniagaan beroperasi. Hari ini, hampir semua orang dapat memanfattkan potensi internet dan peluangnya untuk berkembang. Perniagaan atas talian ini menjalankan kebanyakan operasinya secara digital, daripada paparan produk dan perkhidmatan kepada penempatan pesanan (order placement) dan pembayaran. Pelbagai perkhidmatan dibekalkan kepada individu tersebut melalui platform internet tanpa memerlukan interaksi bersemuka (face-to-face interaction). Meskipun perniagaan atas talian tidak memerlukan banyak tenaga untuk bergerak, namun ianya juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Misalnya, peniaga mungkin menjana jualan dan keuntungan yang rendah (low sales and profit), masalah teknikal seperti website crash atau server yang lambat, khidmat pelanggan yang buruk dan sebagainya.  Oleh itu,  disini terdapat 5 cara berkesan untuk anda kembangkan perniagaan anda secara atas talian, dan jika ianya dilaksanakan dengan betul, ia mampu membawa