Skip to main content

3 perkara kena ready sebelum mula berbisnes

Ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh seorang individu sebelum mula berniaga. Berikut adalah antara 3 perkara penting yang perlu disediakan oleh seseorang usahawan: 

1. Nama Jenama

Nama jenama memainkan peranan yang penting dalam memastikan "kehidupan" perniagaan anda di masa depan. Dalam mencipta dan memilih nama jenama bagi syarikat anda, adalah disarankan untuk memilih nama yang tidak terlalu rumit atau sukar namun yang ringkas dan mudah untuk orang ramai sebut dan ingat buat jangka masa yang panjang. 

Nama jenama adalah lebih daripada sekadar label. Ia merupakan alat yg berkuasa untuk membentuk persepsi pelanggan, memacu usaha pemasaran dan menentukan kejayaan perniagaan anda.

Jadi, dengan melaburkan masa dan usaha untuk memilih nama jenama yang kukuh dan bermakna, anda boleh memastikan jenama anda berjaya pada masa akan datang.


2. Logo

Sama juga seperti nama jenama, logo juga perlulah direkabentuk dengan kreatif dan memudahkan orang ramai untuk ingat kepada logo syarikat anda dalam sekelip mata. 

Reka bentuk logo yang baik akan bina kepercayaan dalam kalangan pelanggan dengan mengesahkan profesionalisme anda, malah ia juga dapat menyampaikan mesej tentang apa yang anda tawarkan dan bagaimana tawaran tersebut dapat memanfaatkan mereka (pelanggan). 

Oleh itu, logo yang direka dengan baik dan dipilih secara strategik boleh menjadi aset berharga bagi mana-mana syarikat. Ia boleh membina pengiktirafan jenama, mewujudkan kepercayaan dan berhubungan dengan khalayak anda.


3. Personal Branding

Bagi personal branding pula, ia dapat membantu anda untuk bina kredibiliti dan kepercayaan dengan khalayak sasaran anda. Tambah pula, ia juga mampu membezakan antara anda dengan pesaing dan dapat memacukan perniagaan.

Ia adalah keunikan atau keistimewaan tawaran anda yang membezakan anda dengan yang lain. 

Oleh itu, 'personal branding' merupakan salah satu aspek penting dalam membina perniagaan yang berjaya. Ia membantu dalam mencipta identiti yang unik dan tidak dapat dilupakan, serta membezakan perniagaan tersebut daripada pesaing-pesaing yang lain.


Kesimpulannya, ketiga-tiga perkara adalah antara perkara yang penting dalam memastikan kejayaan sesebuah perniagaan. Namun, anda juga perlu memahami siapa khalayak sasaran anda, nilai jenama anda dan landskap daya saing anda sendiri. 

Apabila semua perkara ini bersatu untuk mencipta identiti jenama yang padu dan tulen, ia boleh menjadi sebuah alat yang berkuasa untuk memacu perniagaan.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...