Skip to main content

Bisnes apa yang laku keras masa bulan puasa?

Setiap tahun, bulan puasa iaitu bulan Ramadhan sering dianggap sebagai bulan terbuka luas pintu rezeki. Ketika ini, ramai yang mengambil peluang untuk berniaga secara sambilan. 

Manakala yang telah pun berniaga, mula merangka strategi meningkatkan promosi dan teknik pemasaran untuk menambah jualan.

Jadi, apakah bisnes yang selalu masyuk dan laku keras semasa bulan Ramadhan? Ramai lebih selesa untuk berniaga sesuatu yang mereka dah biasa jual, namun tidak salah untuk mencuba bisnes lain yang pasarannya mendadak naik ketika bulan mulia ini. Antara bisnes yang anda boleh cuba jalankan untuk dapatkan keuntungan besar:


1. Makanan ready-to-eat

Bulan puasa sememangnya ramai orang mencari makanan-makanan yang tidak memerlukan banyak tenaga untuk disiapkan terutamanya bagi persediaan waktu sahur. 

Contohnya, anda boleh menjual makanan seperti dendeng, sambal-sambal dalam botol seperti sambal hijau, acar ikan masin atau menu-menu lain yang dah lalui proses "retort" untuk tahan lama.

Jenis-jenis makanan begini dapat disiapkan dalam masa yang singkat, tidak memerlukan banyak tenaga dan mudah.



2. Fesyen

Apa lagi yang lebih penting daripada baju raya bila tibanya Syawal?

Fesyen adalah salah satu industri yang paling sibuk menjelang bulan Ramadhan dan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Orang ramai akan membuat pencarian baju raya untuk dipakai menjelang hari raya nanti.

Ianya tidak terhad kepada pakaian saja, malah tudung dan aksesori juga mendapat permintaan yang tinggi menjelang bulan mulia ini. Jadi, ianya amat berkesan untuk anda jalankan bisnes fesyen pada waktu ini. 


3. Sampul Raya

Sampul raya juga boleh dijadikan sebagai salah satu bisnes pada bulan Ramadhan ini sebenarnya!

Percayalah sememangnya ramai orang tercari-cari sampul raya yang menyediakan design-design yang unik untuk digunakan semasa hari raya nanti. 

Untuk menjual produk ini, anda perlu lebih kreatif supaya dapat tarik perhatian orang ramai membelinya. 

Anda perlu sediakan banyak contoh-contoh yang mempunyai design menarik dan pelbagai agar dapat mendapat sambutan daripada kebanyakan generasi pada hari ini.


Selain daripada semua bisnes ini, masih ada banyak lagi perniagaan yang anda boleh cuba sepanjang bulan Ramadhan nanti. Yang paling penting, anda kena tahu modal anda dan tahu permintaan pasaran disekeliling. 




Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...