Skip to main content

Kelebihan strategi Word-of-Mouth (WOM) dalam bisnes

Word-of-Mouth (WOM) atau strategi permasaran mulut ke mulut merujuk kepada perkongsian maklumat dan pendapat secara tidak rasmi antara orang ramai khususnya mengenai sesuatu produk, perkhidmatan atau sesebuah syarikat. 

Ianya berlaku secara semula jadi melalui interaksi temubual, perbualan atas talian serta  ucapan santai, dan amat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran, sikap dan tindakan orang ramai. 

Penggunaan strategi Word-of-Mouth (WOM) ini mendatangkan banyak kelebihan kepada sesebuah perniagaan, antaranya ialah:


1. Tingkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama

Apabila pelanggan yang berpuas hati dan menyampaikan maklumbalas positif selepas penggunaan produk anda kepada kenalan dan keluarga mereka, ini secara tidak langsung akan tingkatkan kesedaran jenama dengan semula jadi.

Cadangan daripada pelanggan itu sendiri sebenarnya akan lebih dipercayai berbanding pengiklanan secara tradisional mahupun atas talian kerana ianya datang daripada mulut seseorang yang mereka kenali dan percaya. 

Oleh itu, ianya dapat bina kredibiliti jenama serta menjaminkan anda sebagai suatu pilihan yang boleh dipercayai di pasaran.


2. Mengukuhkan kesetiaan pelanggan

Pengalaman yang positif daripada customer akan membuatkan mereka berkongsi dengan gembira mengenai produk anda kepada kenalan-kenalan sendiri. 

Apabila ini berlaku, ia mewujudkan rasa kesetiaan pelanggan terhadap jenama anda. 

Mereka cenderung untuk menjadi pelanggan berulang (repeat customer) dan akan menyokong produk atau perkhidmatan anda tersebut. 


3. Memperbaiki imej dan reputasi jenama

Maklumbalas dari mulut ke mulut (word-of-mouth) akan memberi gambaran yang positif tentang jenama anda di mata orang ramai sekaligus akan nengukuhkan dan bina reputasi syarikat yang lebih kuat. 

Apabila ini berlaku, ia berpotensi untuk tarik bukan saja pelanggan malah lebih ramai pelabur, rakan kongsi, dan sebagainya yang akan turut menyumbang kepada kejayaan perniagaan anda dalam jangka masa panjang.


4. Menjimatkan kos syarikat

Jika dibandingkan dengan pengiklanan secara tradisional, strategi pemasaran Word-of-Mouth (WOM) ini adalah kos efektif iaitu ia tidak menggunakan sebarang kos untuk dijalankan dalam sesebuah bisnes. 

Ianya berlaku secara semula jadi dari mulut ke mulut pelanggan kepada orang awam. 

Anda sebagai pemilik bisnes tidak perlu keluarkan sebarang kos dan dengan mudahnya anda akan dapat pengiklanan secara percuma (free advertising) apabila pelanggan menyampaikan maklumbalas yang positif terhadap penggunaan produk anda kepada kenalan-kenalan mereka. 


5. Meningkatkan jualan syarikat

Strategi pemasaran mulut ke mulut ini adalah satu alat yang berkuasa untuk tarik lebih ramai pelanggan baru ke bisnes anda. 

Ini kerana orang ramai lebih cenderung untuk mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan itu jika ianya dicadangkan (recommended) oleh seseorang yang mereka percaya. 

Jadi, mereka akan lebih yakin untuk membuat pembelian seseorang yang mereka percayai itu pernah mencuba sesebuah produk atau perkhidmatan syarikat tersebut. Inilah yang akan membawa kepada peningkatan jualan syarikat.


Namun, disebalik kelebihan di atas, anda harus ingat bahawa strategi ini juga mempunyai kesan negatifnya yang tersendiri. Misalnya, melalui strategi ini, masih ada segelintir pelanggan yang mungkin tidak berminat atau gemar dengan produk yang anda tawarkan. 

Maklumbalas negatif daripada mereka juga tersebar dengan cepat sama seperti maklumbalas positif. Ini berpotensi untuk menjatuhkan reputasi syarikat anda dalam jangka masa panjang. 

Oleh itu, adalah penting untuk anda sampaikan pengalaman pelanggan (customer experience) yang hebat dan sentiasa terbuka untuk mendengar setiap maklumbalas daripada pelanggan-pelanggan anda sendiri tidak kira sama ada ianya maklumbalas yang positif mahupun negatif.

Comments

Popular posts from this blog

5 bisnes idea untuk beginners

Dalam menghadapi pelbagai isu ekonomi yang tidak stabil hari ini, orang ramai disarakan untuk mempunyai perancangan kewangan yang lebih baik untuk kelangsungan hidup yang lebih selesa.  Bagi mereka yang berniat untuk membuat bisnes bagi mencari pendapatan tambahan, sudah tentu keliru bisnes apakah yang sesuai dan mampu mereka jalankan. Jadi, disini terdapat 5 bisnes idea yang boleh anda cuba sebagai titik pemula kerjaya bisnes anda. Antaranya ialah: 1. Freelance Jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang editing, marketing atau lain-lain, anda boleh gunakan ia sebagai satu bisnes untuk jana pendapatan.  Contoh anda mempunyai kepakaran untuk membuat iklan online, jadi anda boleh bantu pelanggan-pelanggan untuk pasarkan produk mereka di platform-platform sosial media dan lain-lain seperti Facebook Ads atau Google Ads.  Jika pelanggan tidak mempercayai anda, anda boleh mulakan dengan sesi trial/percubaan terlebih dahulu dan bersifat percuma. Jika mereka berp

Tips improve bisnes online anda

Kehidupan hari ini telah banyak mengubah cara sesebuah perniagaan beroperasi. Hari ini, hampir semua orang dapat memanfattkan potensi internet dan peluangnya untuk berkembang. Perniagaan atas talian ini menjalankan kebanyakan operasinya secara digital, daripada paparan produk dan perkhidmatan kepada penempatan pesanan (order placement) dan pembayaran. Pelbagai perkhidmatan dibekalkan kepada individu tersebut melalui platform internet tanpa memerlukan interaksi bersemuka (face-to-face interaction). Meskipun perniagaan atas talian tidak memerlukan banyak tenaga untuk bergerak, namun ianya juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Misalnya, peniaga mungkin menjana jualan dan keuntungan yang rendah (low sales and profit), masalah teknikal seperti website crash atau server yang lambat, khidmat pelanggan yang buruk dan sebagainya.  Oleh itu,  disini terdapat 5 cara berkesan untuk anda kembangkan perniagaan anda secara atas talian, dan jika ianya dilaksanakan dengan betul, ia mampu membawa