Skip to main content

Kepentingan data dan pemilihan strategi yang betul dalam bisnes

 Apa itu Data? Kenapa Data itu Penting?

Data jika dilihat dalam sudut bisnes, adalah maklumat yang berkaitan dengan operasi syarikat. Ia merangkumi banyak perkara penting, antaranya adalah transaksi pembayaran, interaksi pelanggan, prestasi pekerja ataupun ejen-ejen, belanjawan, kesihatan operasi dan banyak lagi.

Ia amat penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah syarikat itu dalam jangka masa yang panjang. Data juga dikatakan amat penting kerana ianya boleh memberi maklumat kepada majikan untuk buat keputusan yang lebih bijak dan strategik, meningkatkan prestasi pekerja, mengekalkan kepuasan pelanggan, memberi kelebihan dalam persaingan, majikan dapat rancang sesuatu perkara untuk menaik tarafkan lagi perniagaan mereka dengan lebih strategik dan banyak lagi.

Data penting kerana ia umpama bahan api yang akan mendorong kepada keputusan perniagaan yang lebih bijak. 

Oleh itu, dengan memanfaatkan data operasi dengan berkesan, syarikat boleh memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam tentang kerja dalaman mereka, pelanggan mereka dan pasaran secara keseluruhan.

Ini akhirnya akan memperkasakan mereka untuk mengoptimumkan prestasi, membina hubungan dengan pelanggan yang lebih kukuh dan memperolehi daya saing yang lebih hebat.

Selain itu, sebagai seorang usahawan, amatlah penting untuk rancang dan ketahui jenis strategi yang ingin digunakan untuk jalankan operasi. Ini akan memastikan segala gerak-geri perniagaan dapat dipantau dan diuruskan dengan lebih sistematik dan berkesan. 

Jika anda ingin tahu lebih mendalam lagi kepentingan data bisnes dan jenis strategi yang boleh anda pilih untuk jalankan bisnes anda, anda boleh ikuti link full podcast Sembang Squarelet kami di bawah ini. Dalam Episod 1, kami ada bincangkan mengenai topik Kepentingan Data-data dalam Bisnes. Semoga bermanfaat! 


Tekan link ini 👇🏻:
https://youtu.be/8dmbqJm-RVo


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...