Skip to main content

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya.


Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut. 

Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa.

Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut:


1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention)

Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif adalah bagi memastikan pelanggan gembira.

Ini bermakna mendengar kebimbangan pelanggan, bersikap empati dan meredakan isu yang berkaitan dengan ketersediaan produk, pembayaran, pemulangan dan sokongan teknikal.


Khidmat pelanggan yang hebat dan efektif akan memupuk pengalaman pelanggan yang positif, yang akhirnya akan membawa kepada kepuasan dan kesetiaan pelanggan kepada jenama syarikat.


2. Reputasi Jenama (Brand Reputation)

Perniagaan yang menunjukkan kepada pengguna bahawa mereka mengambil berat melalui perkhidmatan pelanggan akan bantu dalam meningkatkan ekuiti jenama mereka. 

Dengan memberikan perkhidmatan yang luar biasa secara konsisten, perniagaan akan memupuk sentimen jenama yang positif dan menggalakkan cadangan dari mulut ke mulut (Word-of-Mouth) dan berpotensi untuk mengalakkan peningakatan dalam jualan secara tidak langsung.

3. Pembezaan Kompetitif (Competitive Differentiation)
Dalam landskap kompetitif hari ini, perkhidmatan pelanggan yang luar biasa mampu menjadi pembeza yang kuat.

Ia meningkatkan reputasi perniagaan dan juga meningkatkan nilai jenamanya dengan menunjukkan kepada pengguna dan pesaing bahawa sesebuah perniagaan itu menghargai hubungan yang ada dengan pelanggan baharu dan sedia ada.
Apabila pesaing menawarkan produk atau perkhidmatan yang serupa, kualiti khidmat pelanggan yang hebat akan menjadi faktor penentu dalam menarik dan mengekalkan pelanggan dengan jenama syarikat.

4. Kesihatan jangka panjang perniagaan (Business's Longterm Health)
Inti perkhidmatan pelanggan adalah untuk menawarkan sokongan kepada pelanggan anda kerana mereka adalah nadi perniagaan anda. Tanpa mereka, anda tidak akan menjadi sebuah jenama sama sekali.
Dalam pasaran yang kompetitif, anda perlu menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk kesihatan jangka panjang perniagaan anda.


Kesimpulannya, perkhidmatan pelanggan adalah perkara yang sangat penting dalam struktur perniagaan. Mempunyai pelan perkhidmatan pelanggan yang baik dan berkesan akan menyumbang kepada jualan, meningkatkan kesetiaan jenama, menjana rujukan, membantu mengekalkan pelanggan dan menyediakan perniagaan dengan kelebihan daya saing dalam industri yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...