Skip to main content

Tips improve bisnes online anda

Kehidupan hari ini telah banyak mengubah cara sesebuah perniagaan beroperasi. Hari ini, hampir semua orang dapat memanfattkan potensi internet dan peluangnya untuk berkembang.

Perniagaan atas talian ini menjalankan kebanyakan operasinya secara digital, daripada paparan produk dan perkhidmatan kepada penempatan pesanan (order placement) dan pembayaran. Pelbagai perkhidmatan dibekalkan kepada individu tersebut melalui platform internet tanpa memerlukan interaksi bersemuka (face-to-face interaction).

Meskipun perniagaan atas talian tidak memerlukan banyak tenaga untuk bergerak, namun ianya juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Misalnya, peniaga mungkin menjana jualan dan keuntungan yang rendah (low sales and profit), masalah teknikal seperti website crash atau server yang lambat, khidmat pelanggan yang buruk dan sebagainya. 

Oleh itu,  disini terdapat 5 cara berkesan untuk anda kembangkan perniagaan anda secara atas talian, dan jika ianya dilaksanakan dengan betul, ia mampu membawa perubahan positif yang besar dalam kehidupan perniagaan anda.


1. Fokus pada pengguna tapak web anda (website-user experience)

Merekabentuk tapak web merupakan satu langkah yang berupaya menjadi alat yang berkuasa untuk memberi impak positif kepada jualan bisnes atas talian anda.

Anda boleh mefokuskan perkara-perkara seperti mobile optimization, navigation and search, calls-to-action (CTAs) dan sebagainya. Rekabentuk yang kemas dan jelas bagi tapak web juga penting kerana ia mampu membentuk first impression pelanggan yang melawat kedai atas talian anda.

Semua perkara ini amat penting untuk menarik minat orang ramai membeli di tapak web perniagaan anda. Mereka akan rasa seronok dan lama-kelamaan berpotensi untuk menjadi pelanggan setia disebabkan kemudahan dalam menggunakan tapak web anda.


2. Khidmat pelanggan yang hebat

Latih pasukan anda untuk menjadi khidmat pelanggan yang hebat di mata customer. Misalnya, latih mereka untuk balas pertanyaan dalam kadar segera, selesaikan isu pelanggan dengan cekap dan lakukan langkah tambahan untuk melebihi jangkaan.

Apabila pelanggan mendapat respon yang baik, cepat dan positif daripada pasukan anda, secara tak langsung mereka dengan gembiranya akan mengulangi pembelian dengan jenama anda. 


3. Jalankan aktiviti promosi besar-besaran

Strategi untuk menjalankan aktivit promosi adalah dengan menyemai rasa mendesak (sense of urgency) kepada orang ramai. Ia termasuklah kaedah meningkan jualan seperti tawaran promosi, diskaun, stock clearance dan jualan akhir musim. 

Dengan cara ini, pelanggan-pelanggan akan tertarik untuk membeli dan membelanjakan wang untuk produk dengan serta-merta apabila melihat tawaran tersebut. 

Malah, mereka juga akan didorong dengan perasaan takut kehilangan tarikh akhir diskaun tersebut. Tindakan ini sememangnya tidak merugikan dan akan meningkatkan jualan bagi perniagaan atas talian anda.


4. Guna kaedah iklan berbayar (paid ads) untuk tingkatkan jualan atas talian

Menggunakan kaedah iklan berbayar adalah cara terbaik untuk menjangkaui pelanggan anda. Kaedah ini berkesan untuk memberi kesedaran dan pendedahan jenama anda kepada khayalak yang lebih besar dan sekali gus membantu meningkatkan trafik tapak web perniagaan.

Misalnya, anda boleh menjalankan Google Ads atau menyiarkan iklan berbayar di akaun media sosial anda seperti Facebook, Instagram ataupun Tiktok untuk tingkatkan jualan atas talian.


Untuk makluman, media sosial adalah alat pengiklanan digital terhebat untuk mana-mana jenis perniagaan yang ingin mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih baik. Jadi, jangan sia-siakan akaun media sosial yang anda sudah miliki, gunakan dan optimumkan penggunaanya sebaik mungkin dengan mendapat pulangan yang lumayan.


5. Wujudkan bukti sosial pelanggan

Bukti sosial ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keputusan pembelian pembeli. Ia termasuklah testimoni dan review jujur daripada pelanggan anda yang telah membuat pembelian dengan produk anda. 

Apabila seseorang individu sedang mempertimbangkan pembelian atau cuba membuat keputusan antara dua jenama yang berbeza, mereka selalunya akan melihat bukti-bukti pembelian dan maklum balas daripada pelanggan-pelanggan lain bagi meyakinkan mereka untuk buat pembelian jenama produk tersebut. 




Kesimpulannya, mengembangkan perniagaan atas talian boleh mendatangkan cabaran kepada anda sebagai pemilik perniagaan, tetapi jika anda konsisten dan menggunakan strategi yang betul, anda berkemampuan untuk berjaya.

Namun, ingat, meningkatkan bisnes atas talian anda adalah sebuah proses yang berterusan. Oleh itu, adalah penting untuk menjejaki hasil daripada perniagaan anda sendiri, bereksperimen dengan pelbagai strategi yang berbeza dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasaran.



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

Menjelang 2025: Apa yang Perlu Syarikat Tahu Tentang e-Invoice?

Persediaan e-Invoice 2025: Memudahkan Urusan Transaksi dan Cukai Syarikat Mulai tahun 2025, semua syarikat di Malaysia akan diwajibkan untuk menggunakan sistem e-Invoice dalam pengurusan invois dan deklarasi cukai mereka.  Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat merekod transaksi dengan lebih telus dan automatik melalui sistem LHDN, MyInvois. Jadi, apa yang perlu diketahui oleh syarikat untuk menghadapi perubahan ini? Apa Itu e-Invoice? e-Invoice adalah invois elektronik yang dihantar terus ke sistem LHDN, menggantikan invois fizikal atau manual. Sistem ini tidak hanya memudahkan LHDN untuk mengesahkan transaksi, tetapi juga memberi kemudahan kepada syarikat dalam proses pengurusan kewangan dan deklarasi cukai mereka. Setiap transaksi yang dijalankan akan direkod secara digital dan disahkan oleh LHDN, mengurangkan kesilapan dan risiko invois tercicir. Pilihan untuk Syarikat Terdapat dua cara syarikat boleh melaksanakan e-Invoice: Portal MyInvois - di mana syarikat meng...