Skip to main content

Apa Founder boleh buat dengan isu Boikot?

 


Isu boikot yang kini sedang hangat di seluruh dunia telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna malah juga kepada founder-founder diluar sana. 

Isu ini adalah kesan daripada isu peperangan yang berlaku antara Palestine dan Zionis Isr*el. Ia merupakan salah satu bentuk protest terhadap kezalim Zionis. Pelbagai tindakan telah dijalankan oleh rakyat di luar sana dan antaranya adalah kempen Boikot.

Bagi pengguna, ramai antara mereka telah mengambil tindakan

dengan menggantikan produk luar yang terdapat dalam senarai boikot ini dengan produk tempatan bagi menyumbang kepada isu ini. 

Mereka telah mula beralih arah dengan membeli lebih banyak barangan lokal bagi menunjukkan sifat kemanusiaan dan prihatin terhadap kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestine.

Oleh itu, rentetan daripada isu ini, ia sebenarnya memberi kesempatan yang baik kepada usahawan-usawahan di luar sana. 

Ini kerana, disebabkan semakin ramai orang pada hari ini lebih memilih untuk membeli produk tempatan, jadi founder-founder boleh mengambil keputusan yang bijak dan bertindak dengan mengeluarkan produk baru setanding dengan produk luar tersebut. 

Tindakan ini sebenarnya seiring dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan kempen Beli Barangan Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1984 lagi. 

Lebih ramai orang akan membeli produk
tempatan dan ini juga akan mendatangkan kesan yang positif terhadap kewangan negara. 

Bukan itu sahaja, masih banyak perkara yang founder boleh rancang dan jalankan daripada isu boikot ni untuk manfaatkan bisnes sendiri.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut apa founder boleh buat dengan isu boikot ni, ikuti full podcast Sembang Squarelet kami pada pautan di bawah.

Dalam Episod ini kami ada bincangkan topik berkenaan Isu Boikot: Apa jalan yang Founder boleh ambil? Semoga bermanfaat!


Tekan pautan ini:

https://youtu.be/NnTPnheEl90

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...