Apa itu SME? SME iaitu Subject Matter Expert merujuk kepada seorang individu dalam perniagaan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam dalam bidang tertentu.
Mereka adalah orang yang sesuai untuk soalan yang rumit dan dianggap sebagai pihak yang berkuasa mengenai subjek tertentu dalam sesebuah syarikat. Malah mereka juga akan bertindak dalam membantu membuat keputusan dan merangka pembangunan syarikat.
SME memainkan peranan yang amat penting dalam kelangsungan operasi bisnes yang berjaya. Mereka ini adalah aset yang berharga kepada perniagaan sendiri kerana mereka boleh memberikan pandangan (insights) dan panduan yang boleh membantu syarikat untuk berjaya.Dengan adanya SME ini dalam perniagaan juga, aliran kerja ataupun workflow HQ juga akan jadi lebih sistematik dan teratur. Syarikat akan lebih senang untuk berkembang dan HQ pun boleh buat lebih banyak planning baru untuk reseller-reseller. Walaubagaimanapun, adakah masih relevan sekiranya Founder atau HQ sendiri menjadi SME dalam syarikatnya?
Jika anda ingin ketahui jawapannya, ikuti full podcast Sembang Squarelet kami di pautan yang tertera di bawah. Menerusi podcast ini anda juga akan ketahui apa peranan SME dalam bisnes, kelebihan HQ ada SME dan banyak perkara lain mengenai SME.
Semoga bermanfaat!
Tekan pautan ini 👇🏻:
Comments
Post a Comment