Skip to main content

Menjelang 2025: Apa yang Perlu Syarikat Tahu Tentang e-Invoice?

Persediaan e-Invoice 2025: Memudahkan Urusan Transaksi dan Cukai Syarikat

Mulai tahun 2025, semua syarikat di Malaysia akan diwajibkan untuk menggunakan sistem e-Invoice dalam pengurusan invois dan deklarasi cukai mereka. 

Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat merekod transaksi dengan lebih telus dan automatik melalui sistem LHDN, MyInvois. Jadi, apa yang perlu diketahui oleh syarikat untuk menghadapi perubahan ini?

Apa Itu e-Invoice?

e-Invoice adalah invois elektronik yang dihantar terus ke sistem LHDN, menggantikan invois fizikal atau manual. Sistem ini tidak hanya memudahkan LHDN untuk mengesahkan transaksi, tetapi juga memberi kemudahan kepada syarikat dalam proses pengurusan kewangan dan deklarasi cukai mereka. Setiap transaksi yang dijalankan akan direkod secara digital dan disahkan oleh LHDN, mengurangkan kesilapan dan risiko invois tercicir.

Pilihan untuk Syarikat

Terdapat dua cara syarikat boleh melaksanakan e-Invoice:

  1. Portal MyInvois - di mana syarikat mengemas kini invois secara manual.
  2. API Connection - untuk syarikat yang lebih besar, di mana sistem mereka akan menghantar e-Invoice secara automatik ke MyInvois.

Bagi syarikat yang menggunakan platform seperti Squarelet, mereka boleh memanfaatkan integrasi API Connection, memastikan proses ini berjalan lancar tanpa perlu pengemaskinian manual yang memakan masa.

Kelebihan e-Invoice untuk Syarikat

  1. Pengurusan yang Lebih Mudah – Dengan e-Invoice, semua transaksi direkod dengan sistem yang teratur dan mudah dicapai.
  2. Kurangkan Risiko Kesilapan – Sistem digital mengurangkan kesilapan yang mungkin berlaku dalam pengurusan invois manual.
  3. Pematuhan Cukai yang Lebih Cepat – e-Invoice memastikan data cukai yang lebih tepat, memudahkan proses deklarasi dan pengiraan cukai pada akhir tahun.
Jadi mengapa syarikat perlu bersedia dengan pelaksanaan sistem e-Invoice ini? Apakah perubahan yang bakal berlaku untuk syarikat pada tahun 2025 nanti? Adakah syarikat perlu bersedia untuk mengautomasikan perniagaan dengan mencari sistem yang menyokong integrasi e-Invoice ini atau sebaliknya?

Untuk ketahui dengan lebih mendalam lagi mengenai perkara ini, ikuti full podcast Sembang Squarelet di pautan yang tertera di bawah ini.


Tekan pautan ini 👇🏻:

https://youtu.be/Jjc9297ERgE - Part 1

https://youtu.be/iC3WdkNcNFk - Part 2


Selamat Menonton! 😊



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...