Skip to main content

Boost Jualan Hujung Tahun Anda dengan 4 Strategi Promosi Berkesan!

Hujung tahun adalah masa yang terbaik untuk memaksimakan jualan, terutamanya dengan adanya pelbagai promosi yang menarik. 

Namun, banyak syarikat menghadapi cabaran dalam menghasilkan promosi yang benar-benar unik dan berkesan. Berikut adalah beberapa strategi mudah yang boleh membantu anda meningkatkan jualan hujung tahun ini.

1. Promosi Kreatif
Cuba tawarkan bundle deals atau konsep "buy more, save more". Contohnya, pelanggan yang membeli lebih banyak produk, akan mendapat diskaun yang lebih besar. Ini memberikan insentif tambahan kepada pelanggan untuk membeli lebih banyak.

2. Galakkan Promosi Kecil-kecilan oleh Reseller
Bagi reseller, mereka boleh mencuba flash sale atau memberikan hadiah percuma untuk pelanggan yang membeli dengan cepat. Jangan lupa untuk membuat mesej promosi lebih menarik dan memberi rasa urgency, seperti "Tawaran Tamat 31 Disember!" untuk mendorong pelanggan bertindak segera.

3. Manfaatkan Media Sosial
Gunakan platform seperti TikTok dan buat kandungan menarik seperti video demo produk atau testimoni pelanggan. Selain itu, buat countdown posts menjelang akhir tahun dengan produk yang diberi diskaun khas. Setiap kandungan mesti mempunyai call-to-action yang jelas, seperti ajakan untuk klik link atau terus membeli.

4. Pastikan Pengurusan Stok dan Penghantaran Lancar
Pastikan stok mencukupi dan penghantaran berjalan lancar. Gunakan sistem yang teratur seperti Squarelet untuk memantau stok dan memastikan penghantaran tepat pada waktunya.

Dengan menggabungkan promosi kreatif, penggunaan media sosial yang bijak, pengurusan stok yang baik, dan ganjaran untuk pelanggan setia, jualan hujung tahun anda pasti akan meletup!

Bukan sahaja itu, terdapat beberapa strategi lain yang anda boleh lakukan sempena akhir tahun ini. Ketahuinya menerusi podcast Sembang Squarelet pada pautan yang disediakan di bawah ini.

Tekan pautan ini 👇🏻:

https://youtu.be/J6Z5ATW6JFE

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...