Skip to main content

Affiliate Marketing vs. Influencer Marketing: Memilih Strategi yang Tepat untuk Bisnes Anda

Dalam dunia pemasaran digital yang semakin berkembang, dua strategi yang sering dibincangkan adalah affiliate marketing dan influencer marketing. 

Walaupun kedua-duanya bertujuan untuk mempromosikan produk dan meningkatkan jualan, mereka mempunyai pendekatan dan kelebihan yang berbeza. Antaranya adalah:

Apa itu Affiliate Marketing?

Affiliate marketing adalah model pemasaran di mana individu atau ejen, dikenali sebagai affiliate, mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat melalui link unik. Apabila pelanggan membuat pembelian melalui link tersebut, affiliate akan menerima komisen.

Kelebihan Affiliate Marketing:

1. Fleksibiliti: Siapa saja boleh menjadi affiliate, menjadikannya pilihan yang baik untuk semua orang yang ingin menjana pendapatan tambahan.

2. Rangkaian Luas: Dengan pelbagai affiliate, produk anda dapat dijangkau oleh lebih ramai orang tanpa perlu mengeluarkan belanja pemasaran yang besar.


Apa itu Influencer Marketing?

Di sisi lain, influencer marketing melibatkan individu yang mempunyai pengaruh di platform media sosial seperti Instagram, TikTok, dan YouTube. Influencer ini memanfaatkan kredibiliti dan hubungan mereka dengan pengikut untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan.

1. Target Audiens yang Tepat: Influencer biasanya mempunyai niche tertentu, membolehkan produk anda sampai kepada audiens yang lebih spesifik.

2. Pengaruh yang Besar: Kekuatan influencer dalam menarik perhatian dapat meningkatkan kesedaran jenama dengan cepat.

3. Membina Kepercayaan: Influencer mempunyai hubungan rapat dengan pengikut mereka, yang menjadikan promosi mereka lebih dipercayai dan berkesan.


Walaubagaimanapun, kedua-dua pendekatan ini juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. 

Jadi jika anda ingin tahu apakah kelemahan tersebut, dan pendekatan yang mana sesuai untuk anda aplikasikan dalam bisnes anda, ikuti full podcast Sembang Squarelet kami di pautan yang disediakan di bawah ini.


Tekan pautan ini 👇🏻:

https://youtu.be/jZuGDp5fWSM

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...