Skip to main content

Siapa yang patut menjual di Tiktok?

Hari ini, media sosial Tiktok telah menjadi sebuah platform yang semakin popular di mata dunia. Ianya bukan sekadar bertujuan sebagai platform perkongsian video, malah turut menjadi satu pusat pemasaran dunia yang berkuasa.

Untuk perniagaan yang ingin memanfaatkan khalayak yang ramai, menjual di Tiktok adalah salah satu jalan yang bijak kerana ia menawarkan jangkauan yang lebih luas. Namun persoalannya, siapa yang lebih wajar untuk menjual di platform Tiktok ini? Adakah Founder ataupun ejen?

Sebenarnya, ianya adalah lebih wajar untuk Founder memberi peluang kepada ejen-ejen untuk menjual di platform tersebut. Kerana, menjual di Tiktok memerlukan komitmen masa yang tinggi daripada pihak tersebut. 

Pelbagai video-video konten perlu dimuatnaik untuk menarik perhatian pembeli, dan ini memerlukan masa dan tenaga yang amat banyak. 

Oleh itu, ia boleh menjadi sebuah cabaran untuk Founder yang sememangnya sudah memegang tanggungjawab yang pelbagai untuk keseluruhan operasi bisnesnya.

Selain itu, ejen-ejen lebih disarankan untuk menjual di Tiktok berbanding Founder sendiri kerana Founder-founder semestinya
akan sibuk menguruskan perkara lain, jadi ejen-ejen boleh mengambil alih tugasan tersebut dengan meneruskan penjualan di platform Tiktok tanpa kehadiran Founder. 

Ejen-ejen yang mempunyai kepakaran dalam menjual boleh melaksanakan tugasan tersebut dengan efektif tanpa perlu merisaukan Founder, dan Founder juga boleh fokus kepada perkara lain yang lebih kompleks. 

Bukan itu sahaja, ada banyak lagi sebab kenapa ejen-ejen lebih wajar menjual di Tiktok berbanding Founder. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh ikuti full podcast Sembang Squarelet kami di pautan yang tertera di bawah. Menerusi podcast ini, kami kongsikan mengenai Ejen vs HQ, Siapa yang patut jual di Tiktok? 


Tekan pautan ini 👇🏻:

https://youtu.be/ZyoHauheXOo

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...