Skip to main content

Punca-punca ejen lari cari HQ yang lain

Ejen anda lari cari HQ yang lain? Tahu tak sebab apa perkara macam ni masih berlaku walaupun anda sudah mencuba pelbagai cara untuk selesaikannya?

Salah satunya adalah kerana komunikasi yang tak jelas daripada HQ atau Founder itu sendiri. 

Komunikasi yang tak jelas akan menyebabkan tercetusnya salah faham antara ejen-ejen dan juga Founder itu sendiri. Malah tanpa komunikasi yang jelas berkaitan matlamat, tujuan dan keutamaan bisnes, ejen-ejen akan menjadi tidak pasti tentang apa yang diharapkan oleh mereka. 

Ini akan menyebabkan kekurangan hala tuju dan penurunan dalam produktiviti secara keseluruhan.

Selain itu, tawaran reward yang tidak menarik daripada HQ juga akan menyebabkan ejen-ejen tidak setia kepada HQ tersebut. Pemberian reward hendaklah setaraf dan bersesuaian dengan usaha ejen-ejen. 

Malah reward yang tidak menarik turut mengakibatkan motivasi ejen-ejen jatuh dan melemahkan semangat mereka untuk menjual produk HQ. Ejen-ejen yang berasa kurang dihargai lebih cenderung untuk mencari peluang di tempat lain dimana sumbangan mereka akan lebih dihargai.

Masalah ini boleh diatasi oleh HQ sekiranya HQ mengambil tindakan yang sewajarnya dengan cepat. Jika anda ingin tahu apakah yang HQ boleh lakukan untuk atasi masalah ini daripada terus berlaku, ikuti full podcast Sembang Squarelet kami di pautan yang tertera di bawah ini. Menerusi podcast ini, kami kongsikan kepada anda bagaimana nak pastikan ejen setia dengan kita.


Tekan pautan ini 👇🏻:

https://youtu.be/jShVUXfpysM




Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...