Hari ini, media sosial Tiktok telah menjadi sebuah platform yang semakin popular di mata dunia. Ianya bukan sekadar bertujuan sebagai platform perkongsian video, malah turut menjadi satu pusat pemasaran dunia yang berkuasa. Untuk perniagaan yang ingin memanfaatkan khalayak yang ramai, menjual di Tiktok adalah salah satu jalan yang bijak kerana ia menawarkan jangkauan yang lebih luas. Namun persoalannya, siapa yang lebih wajar untuk menjual di platform Tiktok ini? Adakah Founder ataupun ejen? Sebenarnya, ianya adalah lebih wajar untuk Founder memberi peluang kepada ejen-ejen untuk menjual di platform tersebut. Kerana, menjual di Tiktok memerlukan komitmen masa yang tinggi daripada pihak tersebut. Pelbagai video-video konten perlu dimuatnaik untuk menarik perhatian pembeli, dan ini memerlukan masa dan tenaga yang amat banyak. Oleh itu, ia boleh menjadi sebuah cabaran untuk Founder yang sememangnya sudah memegang tanggungjawab yang pelbagai untuk keseluruhan operasi bisnesnya. ...
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership