Skip to main content

Strategi Trading atau Centralize?


Dalam dunia perniagaan, anda perlulah bijak dalam memilih strategi yang sesuai dengan kehendak operasi bisnes anda. Anda perlu buat keputusan yang mampu mendatangkan manfaat dan berikan impak positif ke atas kejayaan bisnes anda sendiri. 

Jika anda tersalah langkah dan memilih strategi yang tidak sesuai, bisnes anda boleh musnah dan mengalami kerugian besar.

Selain itu, strategi yang tepat akan membezakan anda daripada para pesaing yang wujud dalam pasaran, Ia akan menyerlahkan lagi nilai unik anda atau lebih dikenali sebagai USP, menarik pelanggan dan mewujudkan niche. 

Strategi yang direka dengan baik akan memperkasakan perniagaan untuk lebih menonjol, memperoleh kelebihan daya saing dan menguasai sebahagian besar pasaran dunia.

Tambahan pula, strategi yang digunakan dengan baik bertindak sebagai peta jalan (roadmap), menggariskan dengan jelas matlamat syarikat, pasaran sasarannya dan landskap kompetitifnya. 



Ia memberikan hala tuju yang bagi setiap keputusan, memastikan semua jabatan dan bekerja secara padu dan ke arah mencapai objektif yang sama. 

Jadi jika anda ingin tahu lebih lanjut apakah strategi yang sesuai untuk anda gunakan dalam bisnes anda, anda boleh ikuti link full podcast Sembang Squarelet kami di bawah ini. 

Dalam Episod 3, kami ada bincangkan mengenai topik, Bisnes Trading vs Centralize, Part 1 dan Part 2. Semoga bermanfaat!


Part 1
https://youtu.be/7JJrmOftRMo

Part 2
https://youtu.be/alQWfA40cJA






Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...