Ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh seorang individu sebelum mula berniaga. Berikut adalah antara 3 perkara penting yang perlu disediakan oleh seseorang usahawan: 1. Nama Jenama Nama jenama memainkan peranan yang penting dalam memastikan "kehidupan" perniagaan anda di masa depan. Dalam mencipta dan memilih nama jenama bagi syarikat anda, adalah disarankan untuk memilih nama yang tidak terlalu rumit atau sukar namun yang ringkas dan mudah untuk orang ramai sebut dan ingat buat jangka masa yang panjang. Nama jenama adalah lebih daripada sekadar label. Ia merupakan alat yg berkuasa untuk membentuk persepsi pelanggan, memacu usaha pemasaran dan menentukan kejayaan perniagaan anda. Jadi, dengan melaburkan masa dan usaha untuk memilih nama jenama yang kukuh dan bermakna, anda boleh memastikan jenama anda berjaya pada masa akan datang. 2. Logo Sama juga seperti nama jenama, logo juga perlulah direkabentuk dengan kreatif dan memudahkan orang ramai untuk ingat kepada ...
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership