Skip to main content

5 bisnes idea untuk beginners

Dalam menghadapi pelbagai isu ekonomi yang tidak stabil hari ini, orang ramai disarakan untuk mempunyai perancangan kewangan yang lebih baik untuk kelangsungan hidup yang lebih selesa. 


Bagi mereka yang berniat untuk membuat bisnes bagi mencari pendapatan tambahan, sudah tentu keliru bisnes apakah yang sesuai dan mampu mereka jalankan. Jadi, disini terdapat 5 bisnes idea yang boleh anda cuba sebagai titik pemula kerjaya bisnes anda. Antaranya ialah:


1. Freelance

Jika anda mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang editing, marketing atau lain-lain, anda boleh gunakan ia sebagai satu bisnes untuk jana pendapatan. 

Contoh anda mempunyai kepakaran untuk membuat iklan online, jadi anda boleh bantu pelanggan-pelanggan untuk pasarkan produk mereka di platform-platform sosial media dan lain-lain seperti Facebook Ads atau Google Ads. 

Jika pelanggan tidak mempercayai anda, anda boleh mulakan dengan sesi trial/percubaan terlebih dahulu dan bersifat percuma. Jika mereka berpuas hati, barulah anda akan dibayar dengan jumlah bayaran yang telah dijanjikan.


2. Menjual barang lama/terpakai

Semestinya anda mempunyai longgokan baju yang tidak terpakai di rumah bukan? Jangan terus buangkan ia ke dalam tong sampah, tetapi gunalah pakaian-pakaian tersebut dengan menjual semula kepada orang ramai. 

Anda boleh iklankan
produk anda itu di laman media sosial seperti di Tiktok, Facebook dan juga Instagram. Atau anda juga boleh menjualnya di laman web beli-belah seperti Shopee, Mudah dan lain-lain.


3. Dropship

-Bisnes dropship ini tidak asing lagi di mata orang ramai yang suka berbisnes. Ianya antara bisnes pemula yang sangat sesuai untuk anda yang ingin berjinak dalam dunia bisnes. 

-Bisnes ini juga tidak memerlukan anda untuk pegang stok ataupun mempunyai modal. Anda hanya perlu kutip order daripada pelanggan-pelanggan anda dan HQ yang akan uruskan proses packing dan shipping order pelanggan tersebut. Mudah kan?


4. Makanan frozen

Bisnes jualan makanan frozen pada hari ini semakin popular dalam kalangan masyarakat demi mencari pendapatan. Anda boleh tawarkan makanan frozen seperti bebola daging, dim sum, kuih-muih atau lain-lain. 

Malah ada juga yang tidak memerlukan anda untuk siapkan sendiri makanan-makanan tersebut di rumah, anda hanya perlu ambil di kilang pengeluaran makanan frozen dan menjualnya di rumah. 

Sebagai permulaan bisnes, anda boleh jual kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang terdekat. Lama-kelamaan barulah anda pasarkan di pasaran tempatan dan iklankan di platform-platform online seperti media sosial untuk jana lebih banyak pendapatan.


5. Kursus online

-Jika anda mempunyai kemahiran dalam memasak, melukis, editing atau apa pun kemahiran/skill yang anda pakar, anda boleh gunakan kelebihan ini untuk ajarkan kepada orang lain. 

Ini tidak bermakna anda perlu pergi rumah klien atau pelanggan untuk berjumpa, tapi jadikan ia sebagai satu kursus atau kelas dalam bentuk video dan dijual secara atas talian (online classes). Mudah kan?


Kesimpulannya, mulakan dengan apa yang anda mahiri dan jika boleh dengan tanpa memerlukan modal yang banyak. Ada banyak lagi bisnes-bisnes yang anda boleh pilih untuk cuba sebenarnya. Jangan takut untuk mula, pilihlah apa sahaja jenis bisnes yang anda minat dan mempunyai sedikit pengetahuan mengenainya agar anda tidak tersalah jalan. 

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan strategi Word-of-Mouth (WOM) dalam bisnes

Word-of-Mouth (WOM) atau strategi permasaran mulut ke mulut merujuk kepada perkongsian maklumat dan pendapat secara tidak rasmi antara orang ramai khususnya mengenai sesuatu produk, perkhidmatan atau sesebuah syarikat.  Ianya berlaku secara semula jadi melalui interaksi temubual, perbualan atas talian serta  ucapan santai, dan amat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran, sikap dan tindakan orang ramai.  Penggunaan s trategi Word-of-Mouth (WOM) ini mendatangkan banyak kelebihan kepada sesebuah perniagaan, antaranya ialah: 1. Tingkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama Apabila pelanggan yang berpuas hati dan menyampaikan maklumbalas positif selepas penggunaan produk anda kepada kenalan dan keluarga mereka, ini secara tidak langsung akan tingkatkan kesedaran jenama dengan semula jadi. Cadangan daripada pelanggan itu sendiri sebenarnya akan lebih dipercayai berbanding pengiklanan secara tradisional mahupun atas talian kerana ianya datang daripada mulut seseorang yang mereka kenali dan perca

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a