Skip to main content

Perkara-perkara yang HQ perlu ready sebelum recruit ejen

Sebelum pemilik bisnes iaitu anda mula merekrut ejen, adalah penting untuk mempunyai asas yang kukuh dan rancangan yang jelas. Berikut ialah beberapa usaha yang perlu dipertimbangkan dan disediakan sebelum merekruit ejen-ejen untuk penjualan semula produk anda.


1. Bahan-bahan pemasaran yang bersesuaian

Sebagai pemilik bisnes, anda sebaiknya menyediakan atau mencipta bahan-bahan marketing dan jualan kepada semua ejen-ejen yang boleh mereka gunakan untuk mempromosikan produk anda tersebut. Ini termasuklah risalah, katalog, aset digital dan kandungan pengiklanan. Namun, kesemua bahan-bahan ini perlulah digunakan dengan mengikut kesesuaian jenis perniagaan yang anda tawarkan kepada umum.


2. Inventori dan rantaian bekalan yang mencukupi 



Anda perlu pastikan rantaian bekalan dan proses pengurusan inventori anda mampu menyokong pesanan yang dibuat oleh ejen-ejen. Ini termasuklah melaksanakan penghantaran yang cekap dan "order fulfillment" yang efisien.




3. Latihan penjualan kepada reseller 

Sediakan bahan-bahan latihan untuk membuat jualan dan sumber untuk membantu ejen-ejen memasarkan produk anda dengan lebih efektif di semua platform. Apabila anda menawarkan sokongan yang berterusan kepada mereka seperti akses kepada pengetahuan produk dan panduan jualan, ejen-ejen akan rasa lebih bersemangat untuk membuat jualan.

Contoh lain adalah dengan mengadakan sesi "Onboarding" khas

bersama ejen-ejen yang baru sertai bisnes anda termasuklah sesi latihan dan orientasi. Dalam sesi ini, pemilik bisnes tersebut hendaklah menyatakan dengan jelas expectation (jangkaan) dan tanggungjawab semua ejen-ejen tanpa menutupi sebarang maklumat. Selain itu, anda juga boleh sediakan saluran komunikasi yang berkesan untuk terus berhubung dengan ejen-ejen anda seperti mesyuarat tetap (regular meetings), portal khusus atau lain-lain.


4. Khidmat pelanggan dan penyelesaian konflik yang strategik

Anda perlu sediakan "customer support" untuk membantu ejen-ejen bersama pelanggan mereka dari segi pertanyaan, isu dan pemulangan produk (parcel returns). Pastikan juga pasukan sokongan (support team) anda mempunyai pengetahuan yang bagus tentang produk yang anda tawarkan bagi mengelakkan kesalahfahaman atau kekeliruan sehingga menimbulkan konflik.

Malah, sekiranya konflik berlaku dalam operasi perniagaan, anda seeloknya menyediakan proses untuk menyelesaikan pertikaian atau konflik antara ejen dengan ejen, atau antara ejen dengan pelanggan.


5. Struktur harga

Tentukan dengan strategik dan jelas tentang harga anda termasuklah harga borong atau kadar komisen yang patut diberikan kepada ejen-ejen anda. Dalam proses penentuan ini, anda perlulah bersikap telus dan tidak bersifat berat sebelah dengan cara penetapan harga dan pampasan. 




Kesimpulannya, penyediaan elemen-elemen di atas akan membantu pemilik perniagaan seperti anda dalam merekrut dan mengurus ejen-ejen dengan lebih berkesan. Adalah penting untuk bersedia untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang berjaya bersama ejen-ejen kerana ia boleh memberikan kesan yang positif dan ketara kepada pertumbuhan dan pengedaran (distribution) produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...