Bisnes online adalah bisnes yang beroperasi melalui internet. Ini termasuklah bisnes yang menjual produk seperti barangan atau perkhidmatan (service) dan juga bisnes yang menyediakan maklumat atau hiburan kepada penonton.
Sehingga ke hari ini, semakin ramai orang yang telah menceburi bidang perniagaan secara atas talian ini tanpa mengira umur. Namun, membuat bisnes online tidaklah semudah seperti yang dilihat menerusi ruang internet, terdapat banyak perkara yang perlu diperhatikan bagi menjamin kejayaan bisnes tersebut. Ramai usahawan yang menjalankan bisnes online masih melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan bisnes mereka sendiri. Antaranya ialah:
1. Tidak mempunyai perancangan yang jelas
Sebelum anda memulakan perniagaan atas talian ini, adalah penting untuk mempunyai perancangan/pelan yang jelas tentang apa yang ingin anda capai.
Perancangan ini juga perlu merangkumi khalayak sasaran anda, produk atau perkhidmatan yang anda jual, strategi pemasaran dan matlamat kewangan anda.
Malah, anda juga perlu buat research seperti mengenalpasti siapa pesaing anda, khalayak sasaran dan trend terkini dalam industri anda supaya boleh kekal relevan dan tidak ketinggalan zaman.
2. Tidak peduli pada khalayak sasaran
Adalah penting untuk anda memahami kehendak, minat dan titik kesakitan atau pain points khalayak sasaran anda. Dengan mementingkan semua perkara ini, ia akan membantu anda dalam menyesuaikan produk, perkhidmatan dan strategi pemasaran yang anda usahakan selama ini.
Oleh itu, mengabaikan khalayak sasaran anda hanya akan menyebabkan anda rugi dan mewujudkan hubungan yang tidak baik dengan potential customer anda yang lain.
3. Cepat berputus asa
Menjamin bisnes online yang berjaya memerlukan masa, usaha dan daya tahan yang kuat. Cabaran dan halangan pasti wujud sepanjang perjalanan anda. Namun, jangan jadikan perkara ini sebagai alasan untuk anda berhenti berusaha untuk bisnes anda sendiri.
Berputus asa dengan mudah akan menghalang anda daripada mencapai matlamat dan merealisasikan impian yang selama ini anda hajati.
4. Menyediakan khidmat pelanggan yang buruk
Khidmat pelanggan adalah penting dalam membina kepercayaan, kesestiaan dan persepsi positif terhadap jenama produk anda.
Kesimpulannya, bisnes online adalah satu satu cara yang hebat untuk anda jana pendapatan dan mencapai audiencs yang lebih besar daripada sedia ada.
Jadi, dengan mengelak daripada melakukan perkara-perkara di atas dan menyediakan pendekatan yang strategik akan meningkatkan lagi peluang untuk berjaya dalam pasaran atas talian yang kompetitif. Usaha yang konsisten, kebolehsuaian (adaptability) dan komitment terhadap bisnes adalah bahan utama untuk kejayaan jangka panjang dalam dunia bisnes online.
Comments
Post a Comment