Bisnes online adalah bisnes yang beroperasi melalui internet. Ini termasuklah bisnes yang menjual produk seperti barangan atau perkhidmatan (service) dan juga bisnes yang menyediakan maklumat atau hiburan kepada penonton. Sehingga ke hari ini, semakin ramai orang yang telah menceburi bidang perniagaan secara atas talian ini tanpa mengira umur. Namun, membuat bisnes online tidaklah semudah seperti yang dilihat menerusi ruang internet, terdapat banyak perkara yang perlu diperhatikan bagi menjamin kejayaan bisnes tersebut. Ramai usahawan yang menjalankan bisnes online masih melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan bisnes mereka sendiri. Antaranya ialah: 1. Tidak mempunyai perancangan yang jelas Sebelum anda memulakan perniagaan atas talian ini, adalah penting untuk mempunyai perancangan/pelan yang jelas tentang apa yang ingin anda capai. Perancangan ini juga perlu merangkumi khalayak sasaran anda, produk atau perkhidmatan yang anda jual, strategi pemasaran dan matlamat kewang...
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership