Skip to main content

Bisnes F&B online pun boleh guna sistem?

Perniagaan makanan dan minuman atau F&B boleh mendapat banyak manfaat dengan mengambil pendekatan menggunakan sistem dalam operasi perniagaan.

Sumber: Google Image

Penggunaan sistem boleh menyelaraskan pelbagai proses, meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan yang akhirnya akan menyumbang kepada kejayaan pada keseluruhan proses perniagaan.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa perniagaan F&B perlu menggunakan pendekatan sistem dalam menguruskan operasi.


1. Keberkesanan & Ketepatan

Sistem dapat berfungsi dalam mengurangkan atau mengelakkan kesilapan yang berlaku secara manual dan meningkatkan keberkesanan secara keseluruhan. 

Ini kerana, sistem pengurusan inventori secara automatik boleh membantu dalam menjejak tahap stok dan mengelakkan pembaziran. Malah, ketepatan juga penting dalam industri makanan dan minuman kerana ia mampu mengekalkan standard kualiti dan keselamatan.


2. Pengurusan Inventori

Bisnes F&B memerlukan pengurusan inventori yang tepat untuk mengelakkan pembaziran dan kehabisan stok. 


Sistem boleh jejak atau "track" tahap inventori dalam masa nyata (real-time) dan juga meng-automasikan penyusunan semula apabila stok mencapai sesuatu tahap tertentu.



3. Kepuasan Hati Pelanggan

Operasi yang cekap membawa kepada perkhidmatan yang lebih pantas, pesanan yang tepat dan kualiti yang konsisten. Ini semua akan meningkatkan lagi kepuasan hati pelanggan secara tidak langsung.

Pelanggan yang berpuas hati lebih cenderung untuk kembali dan mengesyorkan perisian itu kepada orang lain.


4. Kawalan Kos

Sistem pelaksanaan membolehkan kawalan kos yang lebih baik melalui penggunaan sumber yang cekap. 

Perniagaan boleh mengoptimumkan tahap kakitangan, mengurangkan pembaziran dan merundingkan tawaran yang lebih baik dengan pembekal berdasarkan data tepat yang disediakan oleh sistem ini.


5. Analisis Data

Sistem yang moden akan menjana sejumlah data yang besar.

Analisis data ini memberikan cerapan atau "insights" berharga tentang produk yang menjadi pilihan utama pelanggan, item menu popular, waktu sibuk (peak hours) dan banyak lagi.

Maklumat ini boleh digunakan untuk membuat keputusan yang strategik terutamanya dalam usaha pemasaran.


6. Kebolehskalaan/Scalibility



Apabila bisnes F&B semakin berkembang, cara manual boleh menjadi sangat merumitkan dan lebih cenderung untuk terdedah kepada kesilapan.




Penggunaan sistem yang bersifat automatik akan memudahkan bisnes untuk berkembang atau scale, dapat menyesuaikan keadaan bisnes dengan permintaan tanpa menjejaskan kecekapan (efficiency).


Secara ringkasnya, mengaplikasikan sistem dalam perniagaan makanan dan minuman adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan, memastikan ketepatan mengekalkan pematuhan, mengawal kos dan akhirnya menyediakan servis atau khidmat terbaik kepada pelanggan, yang secara tidak langsung akan beri kejayaan dan perkembangan kepada perniagaan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

Menjelang 2025: Apa yang Perlu Syarikat Tahu Tentang e-Invoice?

Persediaan e-Invoice 2025: Memudahkan Urusan Transaksi dan Cukai Syarikat Mulai tahun 2025, semua syarikat di Malaysia akan diwajibkan untuk menggunakan sistem e-Invoice dalam pengurusan invois dan deklarasi cukai mereka.  Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat merekod transaksi dengan lebih telus dan automatik melalui sistem LHDN, MyInvois. Jadi, apa yang perlu diketahui oleh syarikat untuk menghadapi perubahan ini? Apa Itu e-Invoice? e-Invoice adalah invois elektronik yang dihantar terus ke sistem LHDN, menggantikan invois fizikal atau manual. Sistem ini tidak hanya memudahkan LHDN untuk mengesahkan transaksi, tetapi juga memberi kemudahan kepada syarikat dalam proses pengurusan kewangan dan deklarasi cukai mereka. Setiap transaksi yang dijalankan akan direkod secara digital dan disahkan oleh LHDN, mengurangkan kesilapan dan risiko invois tercicir. Pilihan untuk Syarikat Terdapat dua cara syarikat boleh melaksanakan e-Invoice: Portal MyInvois - di mana syarikat meng...