Skip to main content

Kesan buruk sistem tidak stabil dalam bisnes

Sebagai seorang usahawan, anda mungkin sedang menggunakan sistem bagi memudahkan urusan operasi perniagaan terutamanya dari sudut pengurusan stok, reseller, komisen dan sebagainya.

Namun, adakah sistem yang anda gunakan sekarang dapat beroperasi dengan baik dan lancar? Ini kerana semua kerja di dalam perniagaan sememangnya memerlukan sistem yang dapat beroperasi dengan lancar dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada majikan dan juga pekerja.

Sumber: Google Image

Masalah sistem yang tidak stabil akan memberi impak negatif ke atas sesebuah syarikat secara tidak langsung, terutamanya dari segi produktiviti dan kebaikan jenama. 

Selain itu ada banyak lagi kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya anda menggunakan sistem yang tidak stabil untuk uruskan perniagaan anda. Antaranya ialah:


1. Keyakinan pengguna menjadi rendah

Sistem yang tidak stabil ini jelasnya akan berikan kesan buruk ke atas keyakinan pengguna. Hal ini kerana, sistem sebegini akan menyebabkan data-data penting yang direkod dan disimpan di dalam sistem tersebut mudah terdedah kepada kebocoran (leaked) atau hilang. 

Pelanggan mengharapkan perkhidmatan yang lancar, dan apabila sistem perniagaan yang digunakan tidak stabil, ia boleh menyebabkan risiko kehilangan jualan, pelanggan menjadi kecewa dan merosakkan reputasi syarikat.


2. Produktiviti menjadi lemah

Produktiviti dalam sesebuah perniagaan juga akan terkesan apabila sistem yang digunakan tidak stabil. Ini kerana, ia akan menganggu aliran kerja dan proses bisnes hingga menyebabkan penangguhan dan ketidakberkesanan. 

Pekerja berkemungkinan menghabiskan masa kerja mereka dengan menyelesaikan masalah yang berpunca daripada sistem tersebut berbanding fokus kepada kerja teras mereka dan ini akhirnya akan membawa kepada penurunan dalam produktiviti kerja.

 



3. Reputasi terjejas

Pelanggan atau rakan kongsi berkemungkinan akan hilang kepercayaan terhadap perniagaan anda sekiranya pengalaman sistem tidak stabil ini terus berlaku.

Hal ini kerana jika masalah ini berterusan, ia akan mendatangkan kesan buruk dan juga merosakkan jenama anda pada jangka masa panjang yang akhirnya berpotensi untuk menyebabkan jualan syarikat merudum. Jika ini tidak ditangani, ia juga akan menjejaskan syarikat anda daripada berkembang dengan lebih cepat pada masa akan datang. 


4. Prestasi tidak konsisten

Sistem yang tidak stabil boleh membawa kepada prestasi yang tidak konsisten dan isu kebolehpercayaan. 

Ini boleh menyebabkan 'downtime' yang kerap, masa tindak balas yang perlahan dan pengalaman pengguna yang buruk untuk kedua-dua pekerja dan pelanggan. 

Jadi, ini juga akan menyebabkan pekerja terpaksa pekerja dengan sistem yang tidak dapat beroperasi dengan lancar jadi mereka akan terdedah untuk menjadi stress dan tidak bermotivasi.


5. Meningkatkan kos syarikat

Mengurus dan menyelenggara sistem yang tidak stabil boleh memakan kos yang tinggi.

Syarikat mungkin perlu melabur dalam penyelesaian masalah yang berterusan (constant troubleshooting), pembaikan dan peningkatan sistem untuk memastikan masalah sistem tidak stabil tersebut terus berjalan; yang akhirnya boleh membebankan belanjawan syarikat.



Kestabilan bermaksud sistem, data dan juga rangkaian anda semuanya berjalan dengan lancar serta stabil dan selamat, jadi anda boleh menjalankan perniagaan harian anda tanpa mempunyai masalah IT.

Oleh itu, menggunakan sistem yang tidak stabil dalam operasi perniagaan boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif, termasuklah pengurangan produktiviti, masalah pelanggan yang tidak berpuas hati, peningkatan kos, risiko keselamatan dan kerosakan pada reputasi syarikat.

Jadi, adalah perkara terbaik bagi sesebuah perniagaan untuk melabur dalam sistem yang stabil dan boleh dipercayai untuk menyokong operasi berjalan dalam jangka masa yang lama.



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

Menjelang 2025: Apa yang Perlu Syarikat Tahu Tentang e-Invoice?

Persediaan e-Invoice 2025: Memudahkan Urusan Transaksi dan Cukai Syarikat Mulai tahun 2025, semua syarikat di Malaysia akan diwajibkan untuk menggunakan sistem e-Invoice dalam pengurusan invois dan deklarasi cukai mereka.  Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat merekod transaksi dengan lebih telus dan automatik melalui sistem LHDN, MyInvois. Jadi, apa yang perlu diketahui oleh syarikat untuk menghadapi perubahan ini? Apa Itu e-Invoice? e-Invoice adalah invois elektronik yang dihantar terus ke sistem LHDN, menggantikan invois fizikal atau manual. Sistem ini tidak hanya memudahkan LHDN untuk mengesahkan transaksi, tetapi juga memberi kemudahan kepada syarikat dalam proses pengurusan kewangan dan deklarasi cukai mereka. Setiap transaksi yang dijalankan akan direkod secara digital dan disahkan oleh LHDN, mengurangkan kesilapan dan risiko invois tercicir. Pilihan untuk Syarikat Terdapat dua cara syarikat boleh melaksanakan e-Invoice: Portal MyInvois - di mana syarikat meng...