Skip to main content

Mengapa pelanggan tak membeli dari anda?

Setiap peniaga pasti tahu perasaan "sakit" apabila tidak dapat mencapai target yang diimpikan untuk jana jualan.

Ini semua berlaku apabila peniaga tidak tahu perkara-perkara penting yang perlu ada dalam perniagaan terutamanya strategi pemasaran. 

Sumber: Google Image

Jadi, jika perniagaan anda tidak menjana jualan seperti yang anda ramalkan, berikut berkemungkinan menjadi asbabnya.


1. Tiada perasaan "urgency" dari anda

Kebiasaannya, orang ramai tidak akan membeli sesuatu produk sekiranya mereka merasakan bahawa ianya tidak penting dan boleh dibeli pada tempoh waktu yang lain. 

Tanpa sebab yang kukuh mengapa pelanggan perlu membeli produk anda pada waktu itu berbanding waktu yang lain, akan menyebabkan tawaran tersebut menjadi suatu usaha yang sia-sia. 

Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda sebagai pengasas produk menciptakan "Sense of Urgency" kepada pelanggan anda bagi meningkatkan lagi tarikan produk anda dalam kalangan pelanggan. 


2. Kurang maklumat mengenai produk 

Selalunya, prospek tidak akan membuat pembelian terhadap sesuatu produk yang mereka lihat adalah kerana mereka sendiri tidak faham mengenai produk tersebut. 

Sama ada maklumat mengenai produk itu terlalu kompleks, bahasa yang digunakan dalam website sukar difahami,  atau mungkin manfaat yang dapat diperolehi daripada produk tersebut masih samar-samar dan tidak jelas.

Jadi, pastikan segala maklumat dan penerangan mengenai produk yang sedang atau ingin tawarkan mempunyai makna dan mesej yang jelas supaya prospek dapat "relate" atau kaitkan kembali dengan permasalahan yang mereka sedang hadapi pada waktu tersebut.


3. Tidak mempercayai penjual

Pelanggan akan membeli daripada pihak yang mereka kenali, sukai dan juga percayai. Jadi, jika mereka mempunyai perasaan dan tindakan yang sebaliknya terhadap anda, mereka berkemungkinan besar tidak akan membeli tawaran tersebut.

Oleh itu, jika anda ingin prospek untuk rasa bahawa mereka percaya, kenal dan suka terhadap tawaran anda, anda perlulah tunjukkan perkara tersebut menerusi tindakan; seperti bak kata pepatah Inggeris, "action means louder than words". Apabila anda berjaya mendapat perhatian dan kepercayaan daripada mereka, produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan akan sentiasa mendapat tempat di mata prospek.


4. Anda menjual kepada semua orang

Peniaga yang bijak tidak akan menjual kepada semua orang. Mereka akan memahami siapa prospek yang tidak sesuai dan akan "singkirkan" prospek tersebut daripada mencuba untuk menjual kepada mereka. 

Jadi, dengan mempraktikkan kaedah ini, anda sebagai peniaga akan dapat meluangkan banyak masa dengan menjual kepada prospek yang tepat dan sesuai dgn produk anda. Kerana, apabila anda "approach" prospek yang tepat, jualan akan dapat diperolehi dengan lebih mudah dan cepat.


5. Tidak nampak "value" dan keunikan pada produk

Secara umumnya, prospek tidak kisah tentang apakah produk tersebut tetapi, penyelesaian tentang bagaimana produk itu boleh membuat hidup mereka lebih mudah atau bantu mereka selesaikan masalah yang mereka sedang hadapi. 

Jadi, apabila anda berurusan dengan prospek, anda perlulah bantu mereka dalam memahami dengan jelas akan bagaimana tawaran anda dapat memudahkan urusan mereka.

Berniaga dengan cara ini akan meningkatkan harga atau "value" produk anda yang akhirnya akan mendatangkan potensi kepada prospek tersebut untuk mengutamakan tawaran anda.


Kesimpulannya, ia sememangnya tidak menyenangkan untuk kehilangan prospek terutamanya setelah anda menghabiskan sumber untuk mempromosikan perniagaan anda dan membina hubungan. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk berputus asa terhadap perniagaan anda, namun pembakar semangat untuk terus mencari jalan terbaik bagi membangunkannya. Oleh itu, terus menyampaikan nilai produk anda sehingga usaha yang anda laburkan itu mendatangkan impak yang positif! 




Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

Menjelang 2025: Apa yang Perlu Syarikat Tahu Tentang e-Invoice?

Persediaan e-Invoice 2025: Memudahkan Urusan Transaksi dan Cukai Syarikat Mulai tahun 2025, semua syarikat di Malaysia akan diwajibkan untuk menggunakan sistem e-Invoice dalam pengurusan invois dan deklarasi cukai mereka.  Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat merekod transaksi dengan lebih telus dan automatik melalui sistem LHDN, MyInvois. Jadi, apa yang perlu diketahui oleh syarikat untuk menghadapi perubahan ini? Apa Itu e-Invoice? e-Invoice adalah invois elektronik yang dihantar terus ke sistem LHDN, menggantikan invois fizikal atau manual. Sistem ini tidak hanya memudahkan LHDN untuk mengesahkan transaksi, tetapi juga memberi kemudahan kepada syarikat dalam proses pengurusan kewangan dan deklarasi cukai mereka. Setiap transaksi yang dijalankan akan direkod secara digital dan disahkan oleh LHDN, mengurangkan kesilapan dan risiko invois tercicir. Pilihan untuk Syarikat Terdapat dua cara syarikat boleh melaksanakan e-Invoice: Portal MyInvois - di mana syarikat meng...