1. Fahami Konsep Domain
Pertama sekali, jom kita fahamkan konsep domain. Apabila anda mendaftar nama domain, pasti anda akan dimaklumkan info-info penting seperti tempoh aktif domain tersebut. Sebelum domain mencapai tarikh tamat, biasanya anda akan diberi beberapa notifikasi untuk memperbaharui domain dalam bentuk email. Jika anda terlepas pandang email notifikasi ini atau tidak memperbaharui domain sebelum ia tamat tempoh, anda akan termasuk kedalam beberapa fasa sebelum domain anda dibuka untuk jualan umum.
2. Domain Tamat Tempoh
Setelah domain anda tamat tempoh, website berkemungkinan tidak boleh di akses lagi oleh pelanggan. Kebiasaannya dalam tempoh 1-2hari selepas domain expired anda masih boleh terus buat pembayaran pembaharuan domain dan kemudian diikuti proses setting semula domain oleh pihak IT syarikat anda berurusan.
3. Tempoh Penangguhan (Grace Period)
Sekiranya anda tidak memperbaharui dan domain tamat tempoh melebihi waktu yang ditetapkan, anda berkemungkinan memasuki tempoh penagguhan atau grace period dimana domain anda tidak boleh digunakan dan ditangguhkan (tidak boleh diperbaharui) untuk satu tempoh bergantung kepada polisi pendaftar atau syarikat anda berurusan. Semasa tempoh ini, anda juga mungkin dikenakan cas tambahan untuk memperbaharui semula domain.
4. Risiko Kehilangan Domain
Jika anda tidak renew domain dalam tempoh ini, domain ada akan dibuka untuk jualan kepada umum. Ini bermaksud anda berpotensi kehilangan nama domain anda sekiranya dibeli oleh pihak lain. Jadi sekiranya nama domain anda penting bagi perniagaan anda, pastikan anda bertindak dengan segera dan memperbaharuinya sebelum masuk tempoh grace period.
5. Potensi Kehilangan Trafik & SEO
Apabila domain anda tamat tempoh dan memasuki mana-mana proses atau peringkat di atas, laman web anda tidak lagi boleh diakses oleh pelanggan. Pelanggan yang cuba layari website anda akan mendapat mesej ralat, situasi ini akan membawa kepada kehilangan pelanggan dengan reputasi negatif. Selain itu, SEO website anda juga mungkin terjejas kesan dari downtime website.
Secara kesimpulan ketika memperbaharui domain yang telah tamat tempoh, anda perlu beri masa kepada proses setting DNS dan cache server untuk lebih stabil. Ada juga kemungkinan beberapa browser yang digunakan pelanggan masih menyimpan link website anda versi lama, jadi server masih paparkan error mesej seolah-olah domain anda belum diperbaharui. Biasanya, website tidak stabil akan pulih dan refresh semula dengan sendirinya dalam tempoh beberapa jam atau mungkin beberapa hari. Jika masalah berlarutan terus berhubung dengan pihak pendaftar domain atau syarikat ana berurusan untuk mendapatkan bantuan teknikal yang diperlukan.
Jadi pastikan anda sentiasa alert dengan notifikasi pembaharuan domain bagi mengelakkan anda melalui proses yang rumit diatas. Jadi lebih proaktif dan ia mungkin dapat selamatkan anda!
Comments
Post a Comment