Skip to main content

Jadi usahawan dengan 6 langkah mudah!

Sumber: Google Image

Bagi kebanyakan kita, menjadi bos adalah impian dalam hidup. Kita dapat menjadi kreatif, mempunyai waktu yang fleksibel dan bebas.

Tetapi, sebenarnya terdapat banyak kerja yang perlu diuruskan di belakang tabir. Sebagai usahawan perkara utama yang perlu ditekankan ialah mengenai perancangan, strategi dan pelaksanaan yang sistematik dan dedikasi. 


1. Dedikasi dan Komited

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda haruslah mempunyai sifat komited terhadap tanggungjawab dan tugas anda. Usahawan yang berjaya adalah seorang yang tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah sekiranya situasi tidak menyebelahi pihaknya. 

Kegagalan akan dilihat sebagai suatu titik permulaan dan peluang untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Terlibat dalam bidang perniagaan sudah semestinya akan menghadapi detik-detik kegagalan, tetapi itu semua tidak menjadi alasan untuk seorang usahawan untuk berputus asa. 

Jadi, dengan menanam sifat ini dalam diri, ianya akan mendatangkan kesan yang positif bukan saja pada diri sendiri malah dalam kalangan pekerjanya kerana berjaya menunjukkan contoh kepimpinan yang baik dalam menguruskan perniagaan.


2. Berani mengambil risiko

Menjadi seorang usahawan juga memerlukan anda untuk berdepan dengan pelbagai risiko. Keberanian dalam berdepan dengan risiko-risiko ini sebenarnya adalah antara elemen-elemen yang menjadikan sesebuah perniagaan itu berjaya atau tidak. 

Seorang usahawan yang berjaya tidak akan mempersoalkan tentang kejayaan perniagaannya kerana beliau percaya bahwa kejayaan akan dicapai dengan keberanian dalam mengambil risiko.


3. Kreatif dan Inovatif

Menjadi seorang usahawan yang berjaya perlulah mempunyai daya fikiran yang kreatif dan bersifat inovatif. Idea-idea yang dicipta mestilah mempunyai elemen-elemen yang kreatif terutamanya dalam aktiviti pemasaran agar dapat menarik pelanggan dalam membuat pembelian terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. 


4. Belajar dari yang Terbaik

Jangan sombong dengan status atau pangkat sendiri. Malah usahawan terbaik pada hari ini juga bekerja dengan pakar sebelum mereka melakukan perniagaan sendiri. 

Mendapat mentor yang berpengalaman adalah amat penting supaya anda tidak tersilap langkah dalam mencorak bisnes pada masa akan datang.

Oleh itu, carilah seorang mentor yang sudah ketahui pahit manis berbisnes dan yang mampu untuk memupuk serta membantu kita untuk menaikkan bisnes kita dan kemampuan kita.


5. Mempunyai Visi dan Matlamat yang Jelas

Setiap usahawan yang bercita-cita mahu berjaya dalam bidang keusahawan mestilah mempunyai visi dan misi yang jauh ke hadapan. Dengan adanya perancangan yang baik, ia akan memudahkan kita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Visi dan matlamat yang jelas adalah antara elemen yang penting dalam memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya. Oleh itu, menjadi seorang usahawan yang berjaya hendaklah mempunyai pemikiran yang strategik dan sifat daya saing yang tinggi.


6. Bijak dan Berani dalam Menangani Masalah

Setiap perniagaan yang wujud di dunia ini pasti pernah berdepan dengan pelbagai masalah. Jadi, seorang usahawan yang menjalankan perniagaan dalam dunia yang penuh dengan pelbagai masalah pada hari ini, perlulah bijak dalam menangani apa jua masalah yang berlaku. 

Antaranya masalah yang datang daripada pembekal, pelanggan, keuntungan, kerugian dan kos-kos syarikat yang membawa beban kepada operasi perniagaan.

Misalnya, anda perlulah merancang "damage control" bagi setiap permasalahan yang muncul itu. Jadi, anda perlulah bijak dalam memikirkan cara atau strategi untuk atasi masalah-masalah ini supaya tidak berlarutan hinggakan membawa kepada kesan negatif terhadap syarikat. 

Kesimpulannya, kejayaan setiap usahawan-usahawan terkenal pada hari ini juga datang daripada 0 seperti anda juga. Mereka juga tidak tahu cara untuk memajukan syarikat mereka, namun kini mereka telah berjaya menempah nama di mata dunia. Jika mereka boleh, kenapa tidak anda? Teruskan usaha!





Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...