Skip to main content

Bisnes lebih maju dengan Big Data

Apa itu Big Data?

Bigdata dalam e-Commerce merujuk kepada keseluruhan data-data besar dan kompleks yang terkumpul hasil dari proses penjualan dan pembelian di website anda.

Sumber: Google Image

Dengan big data, anda boleh buat macam-macam plan untuk tingkatkan sales dan jimatkan kos operasi syarikat.

Dengan analisis data-data ini juga, anda sebagai founder atau HQ akan peroleh info berguna untuk buat keputusan yang tepat, terutamanya;

  • Merancang production produk untuk elakkan lambakan stok yang merugikan
  • Menjalankan promosi mengikut trend pembelian pelanggan
  • Rancang marketing pada waktu high-demand untuk tingkatkan jualan
  • Mewujudkan sesi coaching dalaman bersama top reseller untuk buat sharing mengenai strategi jualan kepada ejen-ejen baru

Bagaimana Big Data Dapat Majukan Bisnes Anda? 
Big data membantu dari segi mengoptimumkan proses perniagaan untuk menjana penjimatan kos, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

Contohnya, anda dapat tahu produk yang mana laris terjual dan sebaliknya. Jadi, melalui data ini, anda boleh buat rancangan untuk teruskan pengeluaran produk tersebut pada masa akan datang.

Selain itu, anda juga boleh tahu penduduk di negeri mana yang kurang gemar membeli sesebuah produk spesifik anda. Jadi, anda boleh kurangkan penjualan di negeri tersebut dan hanya mengfokuskan kepada negeri yang ramai pembeli.

Dengan Big Data juga, organisasi perniagaan boleh beri maklumat berkenaan siapa pelanggan yang paling berharga. Selain itu, ia juga dapat bantu syarikat dalam mencipta pengalaman, perkhidmatan dan juga produk baru pada masa akan datang.

Malah, anda sebagai founder produk atau HQ juga dapat menggunakan analisis data ini untuk buat keputusan yang lebih tepat terutamanya mengenai perancangan masa depan dalam mengeluarkan produk baharu.

Ini secara tidak langsung akan mengelakkan syarikat daripada mengalami kerugian besar disebabkan oleh keputusan yang tidak bernas tanpa berpandukan data yang sebenar!

Jika anda tak tahu cara nak rekod data bisnes anda secara automatik, tak perlu risau!
Sebab, di Squarelet kami mempunyai fungsi dimana anda hanya perlu klik sahaja untuk lihat data-data penting dalam bisnes anda, contohnya seperti:
  • data penjualan reseller mengikut umur dan jantina;
  • data produk paling laris dan tidak laris;
  • demografi pelanggan;
  • top produk yang terjual
  • dan banyak lagi!
Anda boleh terus layari https://squarelet.com/ dan hubungi kami di Live Chat untuk tahu lebih lanjut berkenaan fungsi menarik ini.
Atau, anda boleh tonton pautan di bawah untuk lebih faham mengenai Big Data dan bagaimana ia dapat bantu perniagaan anda berkembang dengan lebih maju pada masa akan datang.
Pautan: (video belum siap)







Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

Menjelang 2025: Apa yang Perlu Syarikat Tahu Tentang e-Invoice?

Persediaan e-Invoice 2025: Memudahkan Urusan Transaksi dan Cukai Syarikat Mulai tahun 2025, semua syarikat di Malaysia akan diwajibkan untuk menggunakan sistem e-Invoice dalam pengurusan invois dan deklarasi cukai mereka.  Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat merekod transaksi dengan lebih telus dan automatik melalui sistem LHDN, MyInvois. Jadi, apa yang perlu diketahui oleh syarikat untuk menghadapi perubahan ini? Apa Itu e-Invoice? e-Invoice adalah invois elektronik yang dihantar terus ke sistem LHDN, menggantikan invois fizikal atau manual. Sistem ini tidak hanya memudahkan LHDN untuk mengesahkan transaksi, tetapi juga memberi kemudahan kepada syarikat dalam proses pengurusan kewangan dan deklarasi cukai mereka. Setiap transaksi yang dijalankan akan direkod secara digital dan disahkan oleh LHDN, mengurangkan kesilapan dan risiko invois tercicir. Pilihan untuk Syarikat Terdapat dua cara syarikat boleh melaksanakan e-Invoice: Portal MyInvois - di mana syarikat meng...