Skip to main content

Bisnes apa yang relevan tahun 2023?


Sumber: Google Image

Anda nak jadi usahawan, tapi tak tahu bisnes apa yang relevan tahun 2023?
Sebenarnya, masih ada banyak bisnes yang anda boleh ceburi dan sememangnya relevan sehingga ke hari ini. 

Berikut adalah contoh-contoh bisnes terbaik yang anda boleh usahakan pada masa kini dan sebabnya:

1. Aplikasi Mudah Alih atau Perisian (Apps/Software)
Sumber: Google Image
Membangunkan dan mengusahakan perniagaan perisian komputer atau aplikasi mudah alih adalah salah satu perniagaan yang sangat penting pada hari ini. 

Sekiranya anda mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi atau IT serta seorang yang kreatif dan inovatif, adalah bagus jika anda mengusahakan perniagaan jenis ini.


Tambah pula, dengan kemajuan pesat teknologi pada masa kini, software dan aplikasi telefon bimbit adalah sesuatu perkara yang semakin menjadi keperluan dalam kehidupan harian hari ini. 

Selain itu, ia juga merupakan perniagaan yang mendatangkan keuntungan yang lumayan. 


2. Homestay atau Airbnb
Jika anda mempunyai rumah yang kosong dan tidak didiami, daripada anda membiarkan ia begitu saja, apa kata anda membuka homestay atau menjalankan khidmat Airbnb? 

Jenis perniagaan seperti ini mendapat permintaan yang tinggi terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti Melaka.

Antara modal yang anda perlu keluarkan bagi bisnes ini adalah modal sewa rumah (jika menyewa), modal menyediakan peralatan asas rumah seperti katil, tilam, kipas angin, sofa, dapur gas dan lain-lain.

Ia boleh menjadi salah satu perniagaan yang dapat membawa keuntungan yang lumayan jika anda mempunyai banyak bilangan homestay dengan pelanggan yang ramai pada setiap bulan.


3. Bisnes Makanan & Minuman
Perniagaan makanan dan minuman adalah perniagaan yang paling menguntungkan kerana ianya merupakan keperluan dalam hidup setiap manusia di dunia ini. 

Sumber: Google Image
Anda boleh memulakan perniagaan ini dengan membuka restoran kecil, menjual makanan di pasar malam atau acara-acara, menjual makanan secara atas talian atau pun membuat katering untuk sebarang majlis penting.

Walaubagaimanapun, anda mestilah mempunyai kemahiran memasak agar perniagaan anda dapat berjaya sehingga bila-bila.



4. Bisnes Cuci
Perniagaan mencuci adalah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan membersihkan dan mengemas rumah atau pejabat pelanggan. Ini termasuklah tugas-tugas membersih seperti menyapu, mengemop lantai, mencuci tingkap, mencuci tandas dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh menyediakan perkhidmatan tambahan seperti mencuci baju dan pinggan serta menggosok baju.

Untuk menjalankan perniagaan ini, anda mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pembersihan seperti mengetahui bahan-bahan dan peralatan yang sesuai dijadikan sebagai alat untuk membersih.


5. Servis Tutor
Perniagaan tutor adalah perniagaan yang memerlukan anda untuk memberi bimbingan dalam pelbagai subjek seperti matematik, sains, bahasa dan lain-lain. 

Sumber: Google Image

Untuk menjadi seorang tutor, anda juga perlu mempunyai kemahiran dan ilmu untuk mengajar individu yang terlibat seperti anak kepada pelanggan anda. 

Komunikasi yang baik juga penting agar tidak berlaku salah faham atau kesukaran dalam memahami apa yang dipelajari. 





Sebagai kesimpulan, untuk mengusahakan sesebuah perniagaan yang mendatangkan keuntungan kepada anda, adalah penting untuk melakukan kajian terhadap pasaran sasaran dan niche terlebih dahulu. 

Malah, anda juga perlu bersedia dengan rancangan dan strategi dalam perniagaan tentang bagaimana untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda ingin tawarkan itu dengan efektif supaya ia dapat berkembang dengan baik dan berjaya.





Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

Menjelang 2025: Apa yang Perlu Syarikat Tahu Tentang e-Invoice?

Persediaan e-Invoice 2025: Memudahkan Urusan Transaksi dan Cukai Syarikat Mulai tahun 2025, semua syarikat di Malaysia akan diwajibkan untuk menggunakan sistem e-Invoice dalam pengurusan invois dan deklarasi cukai mereka.  Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat merekod transaksi dengan lebih telus dan automatik melalui sistem LHDN, MyInvois. Jadi, apa yang perlu diketahui oleh syarikat untuk menghadapi perubahan ini? Apa Itu e-Invoice? e-Invoice adalah invois elektronik yang dihantar terus ke sistem LHDN, menggantikan invois fizikal atau manual. Sistem ini tidak hanya memudahkan LHDN untuk mengesahkan transaksi, tetapi juga memberi kemudahan kepada syarikat dalam proses pengurusan kewangan dan deklarasi cukai mereka. Setiap transaksi yang dijalankan akan direkod secara digital dan disahkan oleh LHDN, mengurangkan kesilapan dan risiko invois tercicir. Pilihan untuk Syarikat Terdapat dua cara syarikat boleh melaksanakan e-Invoice: Portal MyInvois - di mana syarikat meng...