Skip to main content

Affiliate dan manfaatnya dalam dunia bisnes kini

Sumber: Google Image

Apa itu Affiliate?
Untuk pengetahuan anda, affiliate adalah satu struktur insentif untuk menarik minat reseller seperti stokis, ejen, dropship dan team sales untuk mempromosikan dan menjual produk anda.

Setiap usaha dalam membuat promosi, mereka akan mendapat komisen bagi setiap produk yang terjual.

Jadi, apabila reseller-reseller anda berjaya membuat jualan, mereka akan mendapat keuntungan dan pada masa yang sama, perniagaan anda akan turut mendapat hasil keuntungan yang lumayan.

Tambahan pula, sekiranya pendekatan affiliate ini dilakukan dengan baik dan strategik, ia berpotensi untuk menjadi strategi pemasaran anda yang paling penting dan berpengaruh. Akhirnya, mampu meningkatkan jumlah jualan dan kesedaran jenama dari semasa ke semasa.

Bagaimana Affiliate Dapat Bantu Bisnes Anda?

Affiliate berfungsi melalui link khas yang diset kepada setiap individu.

Sumber: Google Image
Secara ringkasnya selepas mendaftar sebagai reseller bagi sesuatu
perniagaan, mereka akan mendapat special link sendiri dan boleh mula share link tersebut kepada  pelanggan untuk jualan.

Jadi, apabila pelanggan klik link dan buat pembelian, komisen akan diberikan kepada reseller untuk setiap pembelian yang berjaya.

Kebaikan Affiliate dalam Bisnes

1. Kos permulaan yang rendah 
Affiliate tidak memerlukan anda untuk mempunyai pasukan pengiklanan dalam membuat visual iklan atau membeli ruang iklan.

Sumber: Google Image
Ini kerana, anda hanya perlu bergantung kepada ahli gabungan (Affiliates) anda untuk menghasilkan kandungan pemasaran mereka dalam mempromosikan dan menjual produk anda.

Oleh itu, ini membolehkan syarikat menjana pendapatan mereka daripada usaha pemasaran ahli gabungan tersebut yang hanya menggunakan kos yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan teknik pengiklanan lain.


2. Meningkatkan reputasi perniagaan
Affiliate sememangnya mampu meningkatkan reputasi perniagaan anda dengan syarat anda bekerjasama dengan ahli gabungan (affiliates) yang boleh dipercayai dan berharga. 

Dengan ini, jenama anda akan mula diiktiraf dengan cepat sebagai sebuah syarikat bereputasi baik yang akhirnya membuatkan lebih ramai orang mahu menjalankan perniagaan bersama.


3. Membina pengiktirafan jenama 
Melalui affiliate, syarikat akan membina hubungan dengan orang berpengaruh atau para bloggers dan pengaruh media massa untuk membantu mendorong trafik ke laman web sesebuah perniagaan itu.

Sumber: Google Image


Jenis pemasaran ini dapat membantu syarikat membina pengiktirafan jenama melalui pengiklanan mulut ke mulut (word-of-mouth) dan mendapat maklum balas pelanggan tentang produk  baru dengan lebih cepat.






4. Return On Investment (ROI) tinggi
Pemasaran affiliate telah terbukti mempunyai ROI yang jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan strategi pemasaran yang lain.

Hal ini kerana, khayalak sasaran anda akan mendengar tentang produk atau perkhidmatan anda daripada reseller-reseller anda.

Secara ringkasnya, dengan menggunakan kaedah affiliate, anda sebagai usahawan telah menyalurkan usaha pemasaran anda melalui mereka iaitu ahli gabungan (Affiliates) yang mempunyai akses langsung dan pengaruh terhadap khalayak yang sangat disasarkan dan menerima apa yang anda tawarkan dalam perniagaan.


5. Fleksibel

Sebagai seorang pencipta kandungan (content creator), anda boleh memilih untuk bekerja sepenuh masa, sambilan atau bekerja bebas (freelancer) dalam pemasaran affiliate ini.

Ia juga merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan dari rumah, kerana biasanya anda hanya memerlukan komputer dan akses kepada Internet.

Sumber: Google Image
 
Malah, ia bergantung  kepada jenis perniagaan yang  anda ingin promosikan. Sudah pasti ianya akan  berbeza waktu dan usaha yang perlu anda lakukan  untuk memastikan ia berjaya. 

Ini boleh berkisar daripada beberapa jam seminggu  hinggalah bekerja sepenuh masa.




Tetapi, anda tak perlu risau, dengan affiliate anda boleh memilih berapa banyak masa yang anda ingin dedikasikan bagi setiap perniagaan yang ingin dipromosikan itu.


Di Squarelet, anda juga boleh menggunakan fungsi Affiliate ini untuk reseller anda. Untuk tahu bagaimana Affiliate berfungsi dalam sistem ini, anda boleh terus layari https://squarelet.com/ dan berhubung dengan kami di ruangan Live Chat.










Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

Menjelang 2025: Apa yang Perlu Syarikat Tahu Tentang e-Invoice?

Persediaan e-Invoice 2025: Memudahkan Urusan Transaksi dan Cukai Syarikat Mulai tahun 2025, semua syarikat di Malaysia akan diwajibkan untuk menggunakan sistem e-Invoice dalam pengurusan invois dan deklarasi cukai mereka.  Pelaksanaan ini bertujuan untuk memudahkan syarikat merekod transaksi dengan lebih telus dan automatik melalui sistem LHDN, MyInvois. Jadi, apa yang perlu diketahui oleh syarikat untuk menghadapi perubahan ini? Apa Itu e-Invoice? e-Invoice adalah invois elektronik yang dihantar terus ke sistem LHDN, menggantikan invois fizikal atau manual. Sistem ini tidak hanya memudahkan LHDN untuk mengesahkan transaksi, tetapi juga memberi kemudahan kepada syarikat dalam proses pengurusan kewangan dan deklarasi cukai mereka. Setiap transaksi yang dijalankan akan direkod secara digital dan disahkan oleh LHDN, mengurangkan kesilapan dan risiko invois tercicir. Pilihan untuk Syarikat Terdapat dua cara syarikat boleh melaksanakan e-Invoice: Portal MyInvois - di mana syarikat meng...