Sumber: Google Image Anda nak jadi usahawan, tapi tak tahu bisnes apa yang relevan tahun 2023? Sebenarnya, masih ada banyak bisnes yang anda boleh ceburi dan sememangnya relevan sehingga ke hari ini. Berikut adalah contoh-contoh bisnes terbaik yang anda boleh usahakan pada masa kini dan sebabnya: 1. Aplikasi Mudah Alih atau Perisian (Apps/Software) Sumber: Google Image Membangunkan dan mengusahakan perniagaan perisian komputer atau aplikasi mudah alih adalah salah satu perniagaan yang sangat penting pada hari ini. Sekiranya anda mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi atau IT serta seorang yang kreatif dan inovatif, adalah bagus jika anda mengusahakan perniagaan jenis ini. Tambah pula, dengan kemajuan pesat teknologi pada masa kini, software dan aplikasi telefon bimbit adalah sesuatu perkara yang semakin menjadi keperluan dalam kehidupan harian hari ini. Selain itu, ia juga merupakan perniagaan yang mendatangkan keuntungan yang lumayan. 2. Homestay atau Airb...
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership