Skip to main content

Faedah SSL Certificates di website anda

Dalam dunia bisnes atas talian adalah amat penting kepada peniaga untuk mengetahui strategi yang terbaik dalam mengembangkan syarikat mereka. Hal ini bukan sahaja mengenai produk yang ingin dipasarkan ke pasaran, malah perkara-perkara teknikal seperti nama domain, SSL certificates dan lain-lain juga perlu dititikberatkan oleh peniaga.

Namun, sehingga ke hari ini ramai usahawan yang masih tidak tahu maksud dan kepentingan SSL Certificates ini kepada bisnes mereka. 


SSL Certificates adalah sijil digital yang mengesahkan identiti tapak web. 

SSL terdiri kepada Secure Socket Layers iaitu protokol keselamatan yang mencipta pautan sulit (encrypted link) antara web server dan web browser. 


Faedah Menggunakan SSL Certificates di Website

Tapak web memerlukan sijil SSL untuk memastikan:

  1. Data pengguna selamat
  2. Mengesahkan pemilikan tapak web
  3. Menghalang pihak lain/attackers daripada mencipta tapak web baru versi palsu
  4. Menyampaikan dan meningkatkan kepercayaan kepada pengguna


SSL memastikan sambungan internet selamat dan menghalang penjenayah daripada membaca atau mengubah suai maklumat yang dipindahkan antara dua sistem.

 

Jadi, apabila anda melihat ikon "padlock" atau gembok di sebelah URL dalam bar alamat (address search bar), ini bermakna tapak web yang anda lewati itu adalah selamat dan dilindungi oleh SSL.

Malah, jika URL sesebuah tapak web itu bermula dengan HTTPS dan bukannya http, ini juga bermaksud tapak web tersebut dilindungi dengan SSL.


Cara Mengetahui Website yang Tidak Dilindungi oleh SSL

 

"Padlock" berwarna merah atau tidak berkunci, tanda amaran segi tiga dan tanda seru berwarna merah menunjukkan sambungan yang tidak selamat dan tidak dilindungi oleh SSL. 


Risiko keselamatan siber semakin berkembang pada hari ini, tetapi dengan memahami jenis sijil SSL yang perlu diberi perhatian dan cara membezakan antara tapak web yang selamat dan tapak web yang berpotensi mendatangkan bahaya kepada pengguna internet dapat membantu mereka elak daripada penipuan serta melindungi data peribadi mereka daripa penjenayah siber.



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa "Customer Service" penting dalam bisnes?

Perkhidmatan pelanggan atau "Customer Service" ialah sokongan, bantuan dan nasihat yang diberikan oleh syarikat kepada pelanggannya sebelum dan selepas mereka membeli atau menggunakan produk atau perkhidmatannya. Ia merupakan salah satu faktor terpenting dalam kejayaan sesebuah syarikat bagi memastikan kepuasan pembeli, mengekalkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas di pasaran. Khidmat pelanggan dengan kata yang lebih mudah juga adalah interaksi antara pembeli sesuatu produk dan syarikat yang menawar serta menjual produk tersebut.  Jadi, adalah penting bagi sesebuah syarikat dalam menyediakan khidmat pelanggan yang baik dan hebat untuk kejayaan perniagaan, memastikan kesetiaan jenama antara satu pelanggan pada satu masa. Antara sebab khidmat pelanggan itu penting dalam kejayaan sesebuah bisnes adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan Pengekalan Pelanggan (Enhanced Customer Retention) Perkara terpenting dengan menyediakan khidmat pelanggan yang efektif a...

Beg Kuning TikTok: Kebaikan, Cabaran, dan Strategi Bijak untuk Peniaga

TikTok, dengan beg kuning yang ikonik, telah menjadi platform utama bagi peniaga dalam memasarkan produk mereka. Ia menawarkan pelbagai peluang, terutama dalam dunia e-dagang, namun, seperti mana-mana platform lain, ia juga membawa cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak.  Kebaikan TikTok untuk Peniaga: 1. Meningkatkan Kesedaran Jenama: TikTok membantu peniaga memperkenalkan produk melalui review dan pengalaman pengguna, meningkatkan kesedaran jenama. 2.   Pembelian yang Menyeronokkan: TikTok Live menawarkan tawaran eksklusif seperti diskaun dan penghantaran percuma, menarik pelanggan untuk membeli. Cabaran untuk Peniaga: 1. Perang Harga: Persaingan harga yang sengit boleh mengurangkan margin keuntungan dan menurunkan nilai jenama. 2.  Persepsi Kualiti Produk: Harga yang murah boleh menyebabkan pelanggan menganggap produk berkualiti rendah. 3. Kebergantungan Pada Trend: Bergantung terlalu banyak pada trend TikTok boleh menyebabkan ketidakstabilan perniagaan. 4. ...

TIN Number - Cara untuk dapatkannya dengan mudah!

Kenapa TIN (Tax Identification Number) Penting dan Bagaimana Cara Mendapatkannya TIN atau Tax Identification Number adalah nombor unik yang diberikan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengurusan dan rekod percukaian. Setiap individu yang bekerja atau menjalankan bisnes di Malaysia wajib memiliki TIN, terutamanya jika ada pendapatan yang perlu dilaporkan kepada LHDN. Tanpa TIN, banyak urusan rasmi tidak dapat diselesaikan dengan lancar. Bagaimana Cara Mendapatkan TIN? Bagi Individu: Untuk individu, proses mendapatkan TIN sangat mudah. Anda hanya perlu mendaftar akaun di portal MyTax LHDN (mytax.hasil.gov.my). Setelah mendaftar dan log masuk, nombor TIN anda akan dipaparkan di bahagian profil. Jika anda belum mendaftar, anda boleh menggunakan fungsi e-Daftar di portal tersebut. Perlu diingat, bagi warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas, pendaftaran TIN dilakukan secara automatik melalui data Jabatan Pendaft...