Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

Apa ejen boleh buat dengan Akaun 3 KWSP?

Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan jangka pendek ahli.  Demikian itu, KWSP juga telah memperkenalkan Akaun 3 atau dikenali sebagai Akaun Fleksibel yang mana membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan  tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50. Idea mewujudkan akaun fleksibel ini merupakan satu inisiatif yang bijak daripada KWSP kepada rakyat kerana rakyat boleh memperolehi banyak manfaat daripadanya. Antaranya, simpanan tersebut boleh digunakan sebagai satu alat penyelesaian kepada keperluan mendesak terutamanya pada waktu-waktu kecemasan. Selain itu, rakyat juga boleh menggunakan simpanan tersebut bagi perkara yang berpotensi untuk mendatangkan keuntungan dan meningkatkan taraf kehidupan sendiri. Oleh itu, jika anda ingin tahu lebih lanjut apa perkara terbaik yang...

Strategi Trading atau Centralize?

Dalam dunia perniagaan, anda perlulah bijak dalam memilih strategi yang sesuai dengan kehendak operasi bisnes anda. Anda perlu buat keputusan yang mampu mendatangkan manfaat dan berikan impak positif ke atas kejayaan bisnes anda sendiri.  Jika anda tersalah langkah dan memilih strategi yang tidak sesuai, bisnes anda boleh musnah dan mengalami kerugian besar. Selain itu, strategi yang tepat akan membezakan anda daripada para pesaing yang wujud dalam pasaran, Ia akan menyerlahkan lagi nilai unik anda atau lebih dikenali sebagai USP, menarik pelanggan dan mewujudkan niche.  Strategi yang direka dengan baik akan memperkasakan perniagaan untuk lebih menonjol, memperoleh kelebihan daya saing dan menguasai sebahagian besar pasaran dunia. Tambahan pula, strategi yang digunakan dengan baik bertindak sebagai peta jalan (roadmap), menggariskan dengan jelas matlamat syarikat, pasaran sasarannya dan landskap kompetitifnya.  Ia memberikan hala tuju yang bagi setiap keputusan, memastika...

Perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh HQ sebelum masuk ke dunia ejen

Dalam sesebuah perniagaan, jika anda inginkan bisnes anda berkembang dengan lebih maju anda kena tahu yang ianya adalah penting untuk anda tahu cara terbaik untuk melakukannya dengan berjaya.  Antara sebab sesebuah bisnes itu tak berjaya adalah kerana HQ tak pertimbangkan dan tak buat perancangan dengan sistematik untuk uruskan bisnes sendiri.  Sebagai seorang usahawan, ada banyak perkara penting yang perlu anda lihat sebelum anda memasuki ke dunia ejen. Antaranya adalah; HQ atau majikan perlu tahu jenis strategi bisnes yang mana lebih sesuai untuk bisnesnya. Jika HQ tersalah pilih strategi, ini bukan saja akan merisikokan syarikat malah membawa kerugian dalam jangka masa yang singkat. Tambahan pula, dengan strategi yang betul ia akan membimbing HQ untuk membuat keputusan yang lebih bijak untuk setiap jabatan yang ada dalam operasi syarikatnya dan memastikan semua orang berusaha ke arah objektif yang sama. Tanpa strategi yang jelas, perniagaan boleh menjadi huru-hara, membazi...