Word-of-Mouth (WOM) atau strategi permasaran mulut ke mulut merujuk kepada perkongsian maklumat dan pendapat secara tidak rasmi antara orang ramai khususnya mengenai sesuatu produk, perkhidmatan atau sesebuah syarikat. Ianya berlaku secara semula jadi melalui interaksi temubual, perbualan atas talian serta ucapan santai, dan amat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran, sikap dan tindakan orang ramai. Penggunaan s trategi Word-of-Mouth (WOM) ini mendatangkan banyak kelebihan kepada sesebuah perniagaan, antaranya ialah: 1. Tingkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama Apabila pelanggan yang berpuas hati dan menyampaikan maklumbalas positif selepas penggunaan produk anda kepada kenalan dan keluarga mereka, ini secara tidak langsung akan tingkatkan kesedaran jenama dengan semula jadi. Cadangan daripada pelanggan itu sendiri sebenarnya akan lebih dipercayai berbanding pengiklanan secara tradisional mahupun atas talian kerana ianya datang daripada mulut seseorang yang mereka ke...
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership