Sebagai seorang usahawan, anda mungkin sedang menggunakan sistem bagi memudahkan urusan operasi perniagaan terutamanya dari sudut pengurusan stok, reseller, komisen dan sebagainya. Namun, adakah sistem yang anda gunakan sekarang dapat beroperasi dengan baik dan lancar? Ini kerana semua kerja di dalam perniagaan sememangnya memerlukan sistem yang dapat beroperasi dengan lancar dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada majikan dan juga pekerja. Sumber: Google Image Masalah sistem yang tidak stabil akan memberi impak negatif ke atas sesebuah syarikat secara tidak langsung, terutamanya dari segi produktiviti dan kebaikan jenama. Selain itu ada banyak lagi kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya anda menggunakan sistem yang tidak stabil untuk uruskan perniagaan anda. Antaranya ialah: 1. Keyakinan pengguna menjadi rendah Sistem yang tidak stabil ini jelasnya akan berikan kesan buruk ke atas keyakinan pengguna. Hal ini kerana, sistem sebegini akan menyebabkan data-data penting yang...
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership