Sumber: Google Image Bagi kebanyakan kita, menjadi bos adalah impian dalam hidup. Kita dapat menjadi kreatif, mempunyai waktu yang fleksibel dan bebas. Tetapi, sebenarnya terdapat banyak kerja yang perlu diuruskan di belakang tabir. Sebagai usahawan perkara utama yang perlu ditekankan ialah mengenai perancangan, strategi dan pelaksanaan yang sistematik dan dedikasi. 1. Dedikasi dan Komited Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda haruslah mempunyai sifat komited terhadap tanggungjawab dan tugas anda. Usahawan yang berjaya adalah seorang yang tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah sekiranya situasi tidak menyebelahi pihaknya. Kegagalan akan dilihat sebagai suatu titik permulaan dan peluang untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang. Terlibat dalam bidang perniagaan sudah semestinya akan menghadapi detik-detik kegagalan, tetapi itu semua tidak menjadi alasan untuk seorang usahawan untuk berputus asa. Jadi, dengan menanam sifat ini dalam diri, ianya akan mendatangkan k
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership