Apa itu Big Data? Bigdata dalam e-Commerce merujuk kepada keseluruhan data-data besar dan kompleks yang terkumpul hasil dari proses penjualan dan pembelian di website anda. Sumber: Google Image Dengan big data, anda boleh buat macam-macam plan untuk tingkatkan sales dan jimatkan kos operasi syarikat. Dengan analisis data-data ini juga, anda sebagai founder atau HQ akan peroleh info berguna untuk buat keputusan yang tepat, terutamanya; Merancang production produk untuk elakkan lambakan stok yang merugikan Menjalankan promosi mengikut trend pembelian pelanggan Rancang marketing pada waktu high-demand untuk tingkatkan jualan Mewujudkan sesi coaching dalaman bersama top reseller untuk buat sharing mengenai strategi jualan kepada ejen-ejen baru Bagaimana Big Data Dapat Majukan Bisnes Anda? Big data membantu dari segi mengoptimumkan proses perniagaan untuk menjana penjimatan kos, meningkatkan produktiviti dan meningkatkan kepuasan pelanggan. Contohnya, anda dapat tahu produk yang mana l...
Business | Marketing | Sales | Investment | Leadership